Saturday, July 27, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

“Demo Klentong-basi” Bertukar Jadi Karnival Demi Tarik Pengunjung - pakdin.my

Perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang akan berlangsung Sabtu ini di Padang Timur MBPJ di Petaling Jaya nampak sangat mula tiru cara PAS buat ceramah di kampung kampung. Bila ceramah sahaja, adalah pasar malam dan orang menjual barang barang yang lain sama.
Terpaksa buat begitu dan ubah jadi macam karnival kerana tidak ada sambutan. Pada hari itu nanti, pembangkang hendak buat persembahan kebudayaan, tayangan filem, pameran termasuk ada food truck yang menyajikan makanan kepada peserta.
Pembangkang sedar, kalau buat seperti biasa menjemput pemimpin berceramah berulang-ulang sampai peserta muak dan bosan, mereka akan mula meninggalkan perhimpunan dan prorgam anjuran pembangkang akan jadi hambar.
Penganjur himpunan pada 14 Oktober ini takut sekali jumlah pengunjung yang hadir ke himpunan itu sedikit jumlahnya berbanding Himpunan Fastaqim 2.0 yang diadakan oleh PAS pada penghujung bulan September yang lepas.
Dalam Himpunan Fastaqim 2.0 yang dibuat di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus itu acaranya adalah sidang meja bulat badan bukan kerajaan (NGO), dan acara-acara santai seperti jambori pancuan empat roda, karnival permotoran, persembahan band alernatif, disusuli dengan santai dakwah dan kuliah Maghrib.
Pakatan Harapan tiru cara Fastaqim 2.0 ini. Selama ini, dalam banyak banyak demonstrasi yang dibuat oleh pembangkang dulu, yang menguatkan mereka adalah orang orang PAS. Bila PAS sudah tidak bersama dalam Pakatan Harapan, pembangkang tiada jentera yang boleh diharapkan lagi.
Demonstrasi dan himpunan yang dibuat sejak PAS tiada dalam Pakatan Harapan banyak yang gagal dan hambar. Himpunan Bersih 4 yang diadakan pada tahun 2015 adalah perhimpunan yang paling gagal sekali.
Walaupun ia diadakan selama dua hari iaitu 29 dan 30 Ogos di mana pemimpin pakatan pembangkang tidur dan bermalam di sana kononnya hendak buat himpunan paling hebat. Namun ianya tetap gagal.
Sasaran pada masa itu ialah kira-kira 500,000 orang akan menyertainya padahal yang datang tidak sampai 20,000 orang pun pada hari pertama dan yang bermalam di sekitar Dataran Merdeka tidak sampai pun 10,000 orang.  Pembangkang buat kecoh dengan cuba masuk ke Dataran Merdeka tapi dihalang oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada masa itu.
Kemudian, Himpunan Tangkap MO1 yang diadakan di lokasi sama pada 27 Ogos 2016 juga gagal apabila sasaran 10,000 orang tapi yang hadir hanya sekitar 2,000 orang sahaja di kompleks beli-belah Sogo dan di Dataran Merdeka kononnya mahu mendesak pihak berkuasa menangkap individu yang digelarkan sebagai MO1 berkenaan.
Kegagalan beberapa demo yang dianjur sebelum ini tanpa kehadiran PAS menyebabkan Pakatan Harapan takut “Himpunan Klentong-Basi” yang mahu dianjur pada hari Sabtu ini gagal juga. Lebih bimbang bila pihak polis mencadangkan agar lokasi himpunan ditukar ke Stadium Kelana Jaya yang jauhnya hampir 10 kilometer berbanding lokasi asal.
Terpaksa buat pertandingan lukis kartun untuk tarik pengunjung. Pembangkang amat terdesak sehingga mereka menganjurkan pertandingan melukis kartun yang akan diadili oleh kartunis pro-pembangkang iaitu Zunar.
Petanda kegagalan perhimpunan anti kleptokrasi sudah kelihatan apabila hanya ada 15 trak makanan akan mengambil bahagian sedangkan ada ribuan pengusaha yang menjalankan perniagaan itu.
Paling tidak, mereka perlu mendapatkan berpuluh trak makanan kerana perhimpunan diadakan pada waktu petang dari pukul 4 hingga pukul 12 tengah malam.
Akhirnya nanti, orang ramai akan meninggalkan perhimpunan hambar berkenaan dan akan pergi membeli-belah di Amcorp Mall yang terletak berhampiran serta menikmati makanan di restoran A&W yang juga terletak berdekatan lokasi himpunan.
Keadaan padang yang kecil di pinggir bandar Kuala Lumpur itu pasti membuatkan keadaan di lokasi perhimpunan sesak dan semak. Lebih lebih lagi dibuat pada waktu malam. Mereka hendak solat Maghrib dan Isyak kat mana?
Kalau PAS dulu mereka solat atas padang. Mahathir dan DAP hendak buat solat hajat bebaskan Anwar Ibrahim di padang yang sama kah pada hari Sabtu ini? Kita lihat siapa hendak jadi imam solat hajat itu nanti. Mungkin Mat Sabu atau Khalid Samad nanti.
Pembangkang Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir Mohamad sudah terdesak untuk tarik orang ramai datang. Kita sudah lihat sendiri, beberapa program ceramah yang dibuat oleh PPBM sebelum ini pun tidak ramai orang yang datang. Kerusi lebih banyak dari orang.
Buat promosi di depan Sogo pun ada lima orang yang datang pada hari Sabtu lepas. Inilah jadinya bila mereka sudah bergelar “dinosour politik” mengetui pembangkang. Lebih lebih lagi yang hendak hadir demo itu nanti semuanya penuh dengan cerita skandal, korupsi dan hipokrasi.
Mereka yang hadir “Himpunan Klentong-Basi” ini tidak boleh bertanya langsung pasal korupsi dan keip-tokrasi pemimpin mereka, nanti akan kena baling kerusi. Inilah dia “Himpunan Klentong-Basi”, penuh dengan kelentong, isu isu basi dan pemimpin pemimpin basi.

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar

UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said

Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu – Ahmad Zahid

Pemimpin UMNO perlu mencipta sentimen, naratif dan aura positif untuk mendekati hati rakyat serta meraih sokongan mereka.

Rombakan kabinet | Senarai penuh Kabinet Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar mengumumkan barisan kabinet baharu di Jabatan Perdana Menteri hari ini, bukan sahaja menambah jabatan, malah bilangan menteri dan timbalan menteri juga bertambah.

Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat telah dicadangkan untuk menggantikannya memimpin BPUNT.

UMNO ambil keputusan pecat Isham Jalil

“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO barua dia, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak Presiden berdebat secara terbuka.

MP, ADUN UMNO terus sokong Anwar

Semua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO membuat ketetapan untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[VIDEO] Anggota polis didakwa atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini

HULU SELANGOR: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret...

[VIDEO] Taufan Gaemi landa Taiwan dan Filipina: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas – Wisma Putra

Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat Taufan Gaemi di Taiwan dan Filipina, menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

Nurul Aishah Farhana hilang lagi

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh bapanya apabila tidak pulang ke rumahnya di Taman Semarak, Batang Kali, di sini sejak semalam.

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

[VIDEO] Asrama SMK Song 1 terbakar, 4 warden dan pelajar selamat

Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, dalam Bahagian Kapit, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hanya dua pelajar berada di asrama dua tingkat itu.

Apakah CrowdStrike, syarikat yang dikaitkan dengan gangguan sistem global?

Gangguan komputer global yang menjejaskan lapangan terbang, bank dan perniagaan lain pada hari Jumaat 19 Julai 2024 nampaknya berpunca sebahagiannya daripada kemas kini perisian yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber utama AS CrowdStrike.

Gangguan global siber ‘Crowdstrike’ Microsoft menyebabkan penerbangan tergendala dan menjejaskan perniagaan

Gangguan teknologi global telah menjejaskan operasi merentasi pelbagai industri pada hari Jumaat, dengan syarikat penerbangan menghentikan penerbangan, beberapa penyiar tidak beroperasi dan perkhidmatan daripada perbankan kepada penjagaan kesihatan yang dilanda masalah sistem akibat gangguan teknikal ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: