BERITAPOLITIKMahathir Penipu: Kerajaan Nafi Kemudahan Beliau Ditarik

Mahathir Penipu: Kerajaan Nafi Kemudahan Beliau Ditarik

Kerajaan menolak dakwaan pernah menarik sebarang kemudahan disediakan kepada mana-mana bekas Perdana Menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa semua kakitangan yang bertugas di bawah Dr Mahathir iaitu di Yayasan Kepimpinan Perdana dan kediaman beliau di The Mines Resort City ditanggung sepenuhnya kerajaan selaras Akta Ahli Parlimen (Saraan) dan 1980 (Akta 237).

“Keseluruhan perjawatan yang diperuntukkan kepada beliau adalah sebanyak 21 perjawatan.

“Kesemua ini meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa kerajaan menanggung kos bagi elaun makan dan kos lain berkaitan kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan-lawatan Dr Mahathir ke luar negara.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami