Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaPOLITIKPersidangan PEMANAS 5.0: ‘Kerajaan...

Persidangan PEMANAS 5.0: ‘Kerajaan Lebih Bersifat Terbuka Sejak Saya Jadi PM’ - pakdin.my

Sejak memegang tampuk kepimpinan negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah mengamalkan dasar keterbukaan untuk generasi muda khususnya golongan mahasiswa bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

Beliau berkata sebagai bukti, kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi membolehkan generasi muda bebas berfikir dan menyuarakan pendapat masing-masing walaupun agak kritikal.

“Dengan dasar rancangan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan pimpinan UMNO, generasi muda khususnya mahasiswa diberi peluang seluasnya untuk berdialog.

“Mereka boleh tanya soalan tanpa sekatan sehingga ada menteri-menteri berpeluh nak jawab,” kata Najib yang juga Presiden UMNO ketika berucap merasmikan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional Ke-5 (Pemanas 5.0) 2017 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) malam tadi.

Turut hadir Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Tan Sri Ibrahim Abu Shah serta Pengarah Pemanas, Mohd Shahar Abdullah.

Pemanas 5.0, yang bertemakan “Mahasiswa Arkitek Malaysia Alaf Baru”, dianjurkan Biro Pendidikan UMNO.

Seramai 350 orang menyertai persidangan itu yang bermula pada 29 Nov lepas sebagai Pra Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Najib berkata kerajaan mengamalkan dasar keterbukaan untuk golongan muda itu kerana mahu menyediakan pemimpin pelapis negara pada masa datang.

“Kami memahami bahawa generasi hari ini adalah kesinambungan dan kerajaan yang ada pada hari ini menyediakan landasan untuk anda bawa negara kita ke mercu kejayaan.

“Kita sediakan platform ini… kita sediakan Parlimen Belia untuk belia berbahas, kita sediakan program latihan amali dengan kerajaaan. Satu daripada tanggungjawab pemimpin mestilah sediakan barisan kepimpinan akan datang,” kata beliau.

Najib berharap generasi muda khususnya mahasiswa akan bersama-sama dengan kerajaan dan tidak mengikut jejak bekas pemimpin tertentu dan pembangkang yang ingin meruntuhkan apa yang dibina UMNO serta Barisan Nasional (BN) selama ini.

Beliau berkata sebagai parti yang memerintah, UMNO dan BN boleh terus membawa negara menuju ke mercu kecemerlangan.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918