Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBORNEOEra Mahathirisme Tidak Akan...

Era Mahathirisme Tidak Akan Berulang, Itu Janji Najib - pakdin.my

Negara tidak akan kembali kepada era Mahathirisme yang menumpukan kekuasaan kepada satu individu, sehingga menyebabkan kuasa raja-raja terhakis, selain kebebasan kehakiman terhalang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sudah terlalu tua untuk kembali menerajui negara.

Negara tidak akan kembali kepada era Mahathirisme yang menumpukan kekuasaan kepada satu individu, sehingga menyebabkan kuasa raja-raja terhakis, selain kebebasan kehakiman terhalang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sudah terlalu tua untuk kembali menerajui negara.

Beliau berkata, tempoh pentadbirannya selama 22 tahun dikenang sebagai zaman di bawah ‘satu jari’ seperti bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe.

“Selama lapan tahun saya menjadi Perdana Menteri, saya sudah banyak kali melawat Sarawak berbanding orang yang berusia 93 tahun itu. Tidak masuk akal kalau beliau mahu mentadbir negara kembali. Pada usia seperti itu, beliau bukan orang yang ada kompeten lagi.

“Semua beliau nak kawal termasuk mahu beli syarikat bekalan tenaga, Sesco Berhad di negeri ini ketika era pentadbirannya. Ini individu yang berkehendak mengawal semuanya, atau satu orang buat keputusan untuk semua perkara.

“Bangkitkan soal hak dalam Perjanjian Malaysia 1963, beliau guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya ketika berucap menghadiri Persidangan Perwakilan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), di Ibu Pejabat SUPP, di Jalan Ong Kee Hui, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Patinggu Abang Johari Abang Openg; Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Presiden I SUPP, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau sudah membuktikan dirinya bukan mahu mengawal segala-galanya kerana bersedia bertoleransi termasuk mengembalikan hak dan kuasa Sarawak mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau berkata, hal berkenaan sudah diterjemah dalam bentuk tindakan, selain sedang dinikmati rakyat Sarawak.

“Dr Kui Hian ada bangkitkan berkenaan pengembalian kuasa dan hak Sarawak, tapi saya tidak masukan beliau dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sebab saya sendiri sudah mansuhkan ISA.

“Selain proses memberi semula kuasa dan hak, Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo dan mengembalikan semula Empangan Hidroelektrik Bakun,” katanya.

Sementara itu, beliau menempelak pakatan pembangkang yang langsung tidak mempunyai kestabilan malah disifatkan sebagai tidak layak menerajui negara, berbanding BN yang berjaya memberi keputusan baik menerajui pentadbiran negara ini.

Sebagai contoh, beliau berkata, parti yang ditubuh mengikut perlembagaan UMNO (PPBM) gagal menguruskan parti sehingga ditegur Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Parti diterajui orang lama tidak sesuai dijadikan pilihan kerana BN parti yang lebih memberi aspirasi demi masa depan negara ini,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851