UtamaEKONOMIMITI: Lapan Kilang MNC...

MITI: Lapan Kilang MNC Tutup Kedai, Separuh Daripadanya Di Pulau Pinang - pakdin.my

Zombi akan membaca tajuk utama dan mengulas bahawa Malaysia akan muflis, ramai akan kehilangan pekerjaan dan syarikat multinasional (MNC) tinggalkan Malaysia.

Sekiranya mereka benar-benar membaca keseluruhan berita, akan melihat bahawa:
– Melibatkan 6,142 pekerjaan dan RM5.4 bilion FDI hilang.
– 2016, 153,060 peluang pekerjaan baru diwujudkan melibatkan RM207.9 bilion FDI baru.

Antara sebab penutupan operasi:
– Pasaran yang lemah dan gangguan kerana teknologi (baru),
– Pengambilalihan oleh syarikat lain dan
– Penstrukturan semula bagi memastikan persaingan antarabangsa.

Dalam perniagaan. Kilang dibuka dan tutup sepanjang masa dan menjadi lumrah.

8 kilang tersebut adalah
Rubicon Technology Inc,
Seagate Technology PLC,
British American Tobacco (BAT), Samsung,
Amphenol Corp,
Fairchild Semiconductor International Inc,
STR Holdings Inc dan
SunEdison Semiconductor Ltd.

Separuh daripada yang ditutup terletak di Pulau Pinang:
Rubicon,
Seagate,
Amphenol dan
FairChild.

Mungkin RBA harus meminta penjelasan Kerajaan DAP Pulau Pinang kenapa kilang tersebut ditutup.

*********
MITI: Lapan Kilang MNC Tutup Kedai

Kerajaan mengesahkan lapan syarikat multinasional (MNC) telah menutup kilang mereka di Malaysia.

Lapan syarikat itu ialah Rubicon Technology Inc, Seagate Technology PLC, British American Tobacco (BAT), Samsung, Amphenol Corp, Fairchild Semiconductor International Inc, STR Holdings Inc dan SunEdison Semiconductor Ltd.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendedahkan hal ini dalam jawapan bertulis parlimen kepada anggota parlimen Ranau Datuk Ewon Ebin yang meminta pengesahan terhadap laporan beberapa MNC telah menutup operasi mereka di Malaysia.

Kementerian itu berkata tiga syarikat yang disebut Ewon iaitu Japan Tobacco International (JTI), Suzuki Motor Corporation dan Western Digital masih memiliki kilang yang beroperasi di negara ini tetapi syarikat tersebut telah distruktur semula.

Sayap perniagaan komponen kereta Suzuki telah menutup operasi peruncitannya di Malaysia tahun lalu. Buat masa ini, tiada pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia.

Kementerian berkata penutupan lapan kilang itu melibatkan terlepas pelaburan FDI sebanyak RM5.4 bilion dan kehilangan pekerjaan kepada 6,412 orang.

Menurutnya, antara sebab penutupan operasi berpunca daripada pasaran yang lemah kerana teknologi (baru) yang menimbulkan gangguan, pengambilalihan oleh syarikat lain dan penstrukturan semula bagi memastikan persaingan antarabangsa.

Bagaimanapun, MITI berkata terdapat hikmah disebalik perkara ini kerana 2016 menyaksikan hampir 5,000 projek baru melibatkan pelaburan FDI sebanyak RM207.9 bilion.

Pelaburan itu, tambahnya, akan mewujudkan 153,060 peluang pekerjaan baru.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU