Tiga Cedera Terkena Letupan Hadapan Gereja Di Petaling Jaya, - pakdin.my

Sepasang suami isteri dan seorang warga Zimbabwe dilaporkan cedera akibat terkena serpihan letupan ‘air bomb’, di hadapan sebuah gereja di Jalan Sea Park Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kejadian berlaku selepas gereja di berkenaan selesai mengadakan upacara keagamaan sempena tahun baharu pada jam 12.45 tengah malam tadi.

“Berdasarkan laporan pengadu, sebaik saja orang ramai mula bersurai, tiba-tiba kedengaran satu letupan daripada arah depan gereja berkenaan.

“Sebaik saja dia bergegas ke tempat letupan, tiga individu yang tercedera akibat letupan terbabit.

“Mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri masing-masing berusia 48 dan 45 tahun yang cedera ringan di bahagian belakang badan dan kening serta seorang pelajar lelaki warga Zimbabwe berusia 25 tahun yang melecur di bahagian dahi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Zaini, siasatan awal pihaknya mendapati letupan dipercayai berpunca daripada mercun jenis ‘air bomb’.

“Kejadian dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki bermotosikal yang bertindak membaling mercun berkenaan di depan gereja berkenaan.

“Setakat ini, kita percaya insiden ini tidak bermotifkan sabotaj gereja atau unsur kebencian di antara agama, memandangkan provokasi antara kedua-dua kumpulan motosikal secara kebetulan berlaku di depan gereja,” katanya.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan berkenaan akan diteliti untuk mengesan suspek terbabit.

UTAMABERITATiga Cedera Terkena Letupan Hadapan Gereja Di Petaling Jaya,

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium