[Video] Jangan Kata Terbeban Lah, Top Dog Kata Tol Termurah Di Dunia - pakdin.my


https://youtu.be/9n8Zcq8Ktag

Apasal macai Pakatan selalu mengadu bayar tol membebankan mereka?

Pagi ini, korang punya bakal Perdana Menteri cakap tol kita termurah di dunia. Mahu komplen lagi?

Dia jadi PM nanti akan naikkan kadar tol sebab sekarang ni termurah.

***********
Mahathir pertahan tol Malaysia termurah di dunia

Beberapa hari selepas dikecam Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “Bapa segala tol”, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan dasar pentadbirannya dahulu untuk mengenakan bayaran ke atas pengguna jalan raya melalui kutipan tol.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut membandingkan kadar tol di Malaysia dengan negara lain sambil berkata ia paling murah di dunia.

Beliau memberi contoh sebuah jambatan di Jepun yang mengenakan bayaran RM540 berbanding kadar tol hanya RM7 untuk perjalanan 2 hala di Jambatan Pulau Pinang.

“Tol di Malaysia sebenarnya kalau dibandingkan dengan negara lain memang jauh lebih murah,” katanya dalam sesi bual bicara mengenai dasar PH di Facebooknya.

“Ketika saya di negara Jepun, saya dapati bahawa satu jambatan (mengenakan) bayaran sebanyak RM270 sehala.

“Pergi balik pula lebih daripada RM500. Fikir-fikirlah sama ada kita terlalu tamak kenakan kadar tol yang tinggi, buatlah perbandingan di mana-mana negara sekalipun, RM7 ringgit dua hala menyeberang daratan dan ke Pulau Pinang adalah amat murah.”

Pada 1 Januari lalu, perdana menteri membidas pembangkang di Malaysia bersikap hipokrit kerana menyanjung seorang bekas pemimpin yang disifatkannya “bapa segala tol”.

“Mereka jugalah yang menyanjung tinggi dan mendukung Bapa Segala Tol, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat,” katanya sambil menambah pembangkang turut memiliki saham dalam beberapa konsesi tol.

Najib berkata, pemansuhan 4 tol di Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau di Selangor, Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL) dan Bukit Kayu Hitam, berkuat kuasa awal bulan ini menunjukkan dasar berbeza daripada pentadbiran terdahulu.

Katanya, keputusannya menghapuskan tol itu menjadikan pembangkang resah, ketika ia diumumkan pada Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kadar tol di Jambatan Pulau Pinang juga tidak pernah dinaikkan sejak ia mula beroperasi pada 1980-an.

Jambatan Pulau Pinang yang merupakan jambatan terpanjang di Malaysia, mula dibina pada 1982 dan siap 3 tahun kemudian dengan kos RM850 juta.

Jambatan sepanjang kira-kira 13.5km itu menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Gelugor, Bayan Lepas dengan tanah besar di Seberang Perai.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan pimpinannya turut berusaha mengurangkan kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan dengan pelbagai kaedah.

“Kita berikan sedikit bantuan supaya kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan ini rendah, maka tidak akan bebankan syarikat pemaju dengan hutang yang terlalu banyak dan kenakan tambang yang murah.

“Maka, ramai rakyat yang akan guna dan oleh kerana ramai yang guna Lebuhraya Utara Selatan, besar kemungkinan syarikat dapat membayar hutang dan membiayai kos menyelenggara jalan besar.

“Inilah sebabnya yang kita dapati Lebuhraya Utara Selatan berjaya menampung kesesakan lalu lintas di masa perayaan.”


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/10/dr-m-pertahan-tol-malaysia-termurah-di-dunia/

UTAMAPOLITIK Jangan Kata Terbeban Lah, Top Dog Kata Tol Termurah Di Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium