Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALSiti Hasmah cuma disoalsiasat...

Siti Hasmah cuma disoalsiasat kerana melanggar Akta Himpunan Aman – Tak kena ISA atau belasah oleh FRU - pakdin.my

Walaupun kita simpati bila seorang wanita berusia 91 tahun seperti Tun Siti Hasmah telah disoalsiasat oleh polis, ia adalah penting untuk memahami konteksnya.

Pertama, polis mengambil kenyataannya di pejabat Tun Mahathir di Yayasan Al Bukhari, selama satu jam di hadapan peguamnya. Dia tidak diminta untuk pergi ke balai polis untuk disoal siasat.

Kedua, perhimpunan itu dianjurkan oleh Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah pada bulan September di mana beliau adalah salah seorang penceramah utama. Perhimpunan yang berjalan dari pusat membeli-belah Maju Junction ke Kompleks Pertama di pusat bandar, dianggap menyalahi undang-undang kerana telah melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tiada permit polis diberikan.

Tun Siti Hasmah juga berucap pada perhimpunan itu. Sekiranya dia cergas dan cukup sihat untuk menyertai dan bercakap dalam perhimpunan jalanan, sudah tentu dia cukup cergas dan sihat untuk disoalsiasat hanya satu jam oleh polis dalam keselesaan bilik suaminya yang berhawa dingin.

Ketiga, laporan polis dibuat oleh orang awam berkaitan perhimpunan tersebut, oleh itu polis hanya melakukan tugas mereka untuk menyoal siasat beliau. Beliau bukan satu-satunya orang yang disoalsiasat oleh polis kerana orang lain juga disoal siasat. Ia akan dilihat sebagai tidak masuk akal dan “berat sebelah” yang soalsiasat hanya Maria Chin tetapi Tun Siti tidak.

Keempat, sekiranya perhimpunan haram itu diadakan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, polis pencegah rusuhan (FRU) akan di tembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air kepada para peserta perhimpunan. Ramai daripada mereka akan merasa tendangan atau belantan pegawai FRU.

Walau bagaimanapun, berita baiknya ialah semasa zaman Mahathir tidak perlu disoalsiasat oleh Polis di pejabat atau tempat pilihan sendiri. Pemimpin himpunan haram akan dikutip di rumah masing-masing dan menghabiskan masa dua tahun di Kamunting bawah tahanan ISA.

Dalam kes perhimpunan ini, pihak berkuasa tidak mengganggu untuk menghentikan perhimpunan tersebut.

Ini hanya soalsiasat rutin dari pihak polis. Tidak ada berniat jahat terhadapnya. Tidak perlu emosi terhadap insiden ini.

Tidak perlu menyiarkan gambar yang memperlihatkan seolah-olah di ‘torture’ oleh polis bagi meminta simpati.

LSS.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Pengambilan ini terhad kepada empat petak rumput padang bagi setiap orang dalam ukuran 1 x 1 kaki dan orang awam diminta membawa bekas sendiri yang bersesuaian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Kali terakhir kem berbasikal negara terpalit dengan isu gangguan seksual ialah pada tahun 1989 dan selepas itu kita sentiasa mengingatkan jurulatih dan pelumba basikal, supaya menjaga batasan masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. - Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163020

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918