RM3.9 Bilion Tersedia Untuk Subsidi Barangan Rakyat 2018 – Najib Razak - pakdin.my

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Subsidi Tidak Langsung Yang Diperuntukkan Kerajaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

1. Saya mendengar seruan meminta Kerajaan menyediakan subsidi untuk rakyat mengurangkan kos sara hidup.

2. Namun sebenarnya Kerajaan membelanjakan peruntukan yang banyak untuk subsidi dalam berbagai sektor.

3. Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

4. Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan.

5. Kerajaan juga memperuntukkan subsidi kesihatan yang tinggi setiap tahun.

6. Untuk tahun 2018, sebanyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan meskipun kutipan dalam sektor tersebut hanya sebanyak RM600 juta.

7. Maka perbelanjaan selebihnya ditanggung penuh oleh Kerajaan.

8. Sejak tahun 2012, yuran wajib dikecualikan sepenuhnya di sekolah Kerajaan, manakala Kerajaan turut membiayai kira-kira 90 peratus daripada yuran pengajian universiti.

Contohnya, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885.

Namun selepas subsidi, pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM9,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Ini satu lagi contoh bagaimana subsidi pendidikan disalurkan.

9. Untuk sektor perumahan pula, Kerajaan telah menyediakan subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit dan subsidi rumah kos rendah seperti PPR, Rumah Generasi Kedua Felda, Rumah Bina Negara RISDA dan banyak lagi.

10. Oleh yang demikian, usahlah mendengar tuduhan bahawa Kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat kerana tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1) NajibRazak.com
https://www.najibrazak.com/bm/blog/ucapan-perdana-menteri-mengenai-subsidi-tidak-langsung-yang-diperuntukkan-kerajaan/

2) NR Facebook
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155143085625952&id=157851205951

3) NR Twitter
https://twitter.com/NajibRazak/status/965106750046093318

UTAMAEKONOMIRM3.9 Bilion Tersedia Untuk Subsidi Barangan Rakyat 2018 - Najib Razak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium