UtamaNASIONALSkandal Tanah Ijok: Rakyat...

Skandal Tanah Ijok: Rakyat mahu Azmin dedah semua dokumen - pakdin.my

“Pendekatan ‘runding tepi kerajaan Selangor membuka ruang untuk tawaran di bawah meja. ”
——
Pada hujung minggu sempat saya membaca tulisan dari Pegawai Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong, YB R Sivarasa daripada Tetuan Daim & Gamany serta pemimpin PAN Dr Dzulkifli Ahmad yang cuba menjawab persoalan yang ditimbulkan berkenaan skandal Tanah Ijok.

Selain daripada keterangan mereka bertiga , saya juga sempat membaca komen-komen dalan media sosial yang turut sama mahu memberi penerangan tetapi tidak kurang juga ada leteran serta cacian khusus kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sungguh panjang lebar, terbelit sampai nak terkeliat tulang belakang memberi penerangan, atau lebih tepat mahu menegak benang yang basah.

Dalam kenyataan pegawai MB, nama Tan Sri Khalid disebut sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali. Lucu sungguh kerana ianya menggambarkan betapa rendahnya tahap keyakinan sendiri sehingga berhempas pulas cuba menyakinkan diri mereka dan juga rakyat bahawa mereka “lebih pandai” berbanding Tan Sri Khalid.

Malang sekali, di sebalik kenyataan yang berjela-jela serta serangan dan sindiran terhadap mantan Menteri Besar, tiada satupun fakta yang dapat menjelaskan isu pokok yang kita telah ketengahkan iaitu mengapa kerajaan negeri culas, bertindak secara cuai dengan memberhentikan proses mahkamah yang diambil terhadap pemaju curang meskipun Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada kerajaan Negeri?

Kedua, mengapa Menteri Besar memilih jalan yang menguntungkan dua syarikat gagal yang juga penyebab kepada seluruh kemelut tanah di Ijok?

Dua persoalan ini tidak terjawab!

Tindakan runding tepi ini adalah tindakan pengecut dan sangat dikesali. Ia juga satu pengkhianatan “ breach of trust” terhadap amanah yang diberikan rakyat Selangor kepada Pakatan.

Malah tindakan pengecut ini juga telah membina satu “precedent” buruk terhadap intergriti kerajaan negeri. Mana perginya slogan PKR “Lawan Tetap Lawan” yang menjadi pegangan mereka?

Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu tegas dan berani dalam melaksanakan undang-undang dan memastikan kepentingan rakyat terjaga. Kita tidak perlu takut untuk menentang dan menghukum mana-mana pihak yang jelas telah melanggar undang-undang dan mencabul hak rakyat dan negeri.

Jika pentadbir negeri takut dan akhirnya tidak bertindak mengikut undang-undang maka selepas ini makin banyak lagi individu yang berani melakukan pelanggaran kerana mereka tahu kerajaan itu lemah dan akan tunduk jika diasak.

Lebih dahsyat lagi jika rakyat berpandangan kerajaan itu bersedia runding tepi dan berkompromi jika kena pada harga dan caranya. Maka akan berleluasa kemungkaran dan kerosakan kepada rakyat dan negeri.

Menteri Besar juga gagal menunjukkan satu elemen utama di dalam mentadbir sebuah kerajaan yang bertanggungjawab iaitu ketelusan.

Mengapa mengambil pendekatan ‘runding tepi” di dalam menyelesaikan masalah tersebut dan sekadar melaungkan bahawa caranya itu adalah yang terbaik tanpa ada rasa tanggungjawab untuk mendedahkan butiran penyelesaian yang diambil.

Cukupkah hanya sekadar memberitahu rakyat bahawa ianya adil dan menang-menang?

Kita bersyukur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mula meneliti dokumen-dokumen penting dan kita berharap SPRM akan membuat penyiasatan terperinci samada berlaku salahguna kuasa dan rasuah dan perlu dilihat juga samada telah berlaku jenayah pecah amanah di dalam kes ini.

Cuma dari butiran kenyataan Shao Loong dan Sivarasa (peguam yang berkepentingan di dalam transaksi tersebut), nampaknya seluruh transaksi yang dilakukan kerajaan negeri ini adalah proses menyelamat atau “White Knight”.

Persoalannya, bagaimana di dalam proses White Knight ini kerajaan negeri boleh memainkan peranan yang sangat besar walhal sepatutnya kerajaan negeri hendaklah berkecuali dan tidak boleh terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam proses tersebut.

Malah kerajaan negeri juga tidak boleh mendapat sebarang faedah dari proses White Knight. Mengapa penglibatan kerajaan tidak dibenarkan dalam proses White Knight? Ianya kerana kerajaan negeri yang menentukan semua kelulusan berkenaan Pelan Pembangunan, nilai premium tanah dan tukar syarat, kelulusan tanah serta Nilai Kasar Pembangunan ( GDV).

Penglibatan kerajaan negeri memberi persepsi bahawa semua kelulusan pembangunan sudah di atur bagi pihak pembeli yang mereka dakwa sebagai “Pemaju Berwibawa”.

Ianya juga membuka ruang kepada penjualan maklumat dalaman dan akhirnya berlaku tawaran di bawah meja.

Apatah lagi di dalam kes ini, dari pengamatan beberapa dokumen yang kita perolehi wujud juga fasal dalam perjanjian persetujuan bahawa tanah 2200 ekar hanya boleh dijual kepada Pemaju Berwibawa tersebut dan tidak kepada pihak lain.

Malah peguam juga ditetapkan iaitu hanya dari Tetuan Daim Gamany sahaja yang boleh bertindak sebagai peguam dalam transaksi penyelesaian tersebut. Banyak persoalan yang perlu diungkai demi ketelusan sebuah kerajaan negeri.

Justeru kita mencabar Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mendedahkan semua suratcara, perjanjian persetujuan di antara Peneroka dan Dua Syarikat Pemaju Gagal serta perjanjian di antara Peneroka dan Pemaju Berwibawa yang mereka pilih. Menteri Besar diminta menyahrahsiakan (declassify) semua surat, dokumen berkenaan dan mendedahkan kepada rakyat.

Bukankah Selangor telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat 2013 (FOI) di Dewan Negeri. Rakyat berhak mengetahui kerana ia melibatkan 3200 ekar tanah milik rakyat Selangor.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
26 FEBRUARI 2018

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...