Krisis Air: Khalid Sindir Azmin Kenyang Sampai Termuntah - pakdin.my

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyindir penggantinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin kenyang sampai termuntah apabila gagal menangani masalah air di Selangor susulan pentadbirannya tidak mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Beliau mendakwa Azmin sepatutnya bertindak lebih cepat dengan mengambil alih SPLASH bagaimanapun tidak melakukannya, sebaliknya membiarkan isu tersebut berlarutan.

“Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini memberi peluang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.

“Seorang menteri besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah,” katanya menerusi satu status yang dimuatnaik di akaun Facebook beliau.

Beliau juga mempertikai tindakan Mohamed Azmin yang lebih menumpukan untuk membayar RM2.7 bilion kepada syarikat berkenaan dan bukannya menyelesaikan isu air di negeri itu.

Sementara itu, Abdul Khalid turut mengulas kenyataan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dalam sebuah portal berita, yang menyalahkan SPLASH dalam isu gangguan bekalan air yang menjejaskan lebih 500,000 kediaman di enam kawasan di Lembah Klang.

Khalid mengingatkan Hannah bahawa beliau pernah meminta DUN membawa isu air dan pengambilan SPLASH kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Baru-baru ini sejumlah 427 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air sejak 6 Mac lalu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), gangguan berpunca daripada kerja pembaikan terhadap Sistem Mampatan Udara yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.


Rujukan:
https://pakdin.my/tag/krisis-air/

UTAMABERITAKrisis Air: Khalid Sindir Azmin Kenyang Sampai Termuntah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium