UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA PRU-14: Penamaan calon...

[Video] PRU-14: Penamaan calon 28 April, mengundi 9 Mei - pakdin.my

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon diikuti 9 Mei (Rabu) sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei (Sabtu). Tempoh berkempen PRU-14 ialah selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU-13.

SPR akan menggunakan daftar pemilih Suku Tahun Keempat 2017 yang menyenaraikan 14, 940, 627 pemilih berdaftar.

Perkara ini diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata, pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, SPR melantik seramai 222 pegawai pengurus pilihan raya dan menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).

“Seramai 259,391 petugas dilantik dalam kalangan penjawat awam bagi membantu mengendalikan proses PRU-14 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta,” katanya pada sidang media jam 12.15 tengah hari tadi di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Katanya, writ pilihan raya yang dikeluarkan pada 11 April ini kepada pegawai pengurus pilihan raya akan menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

“Sebanyak 8,989 premis dan bangunan digunakan sebagai pusat mengundi, yang merangkumi hampir 29,000 saluran mengundi,” katanya.

Mohd Hashim berkata, sebanyak 14 negara daripada ASEAN, ASIA dan negara Komanwel serta pusat kajian antarabangsa dijemput sebagai pemerhati proses PRU-14.

“SPR juga melantik 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan selain wakil universiti awam bagi menjalankan pemerhatian terhadap proses PRU-14 ini.

“Justeru itu, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi atau individu yang tidak dilantik bagi tujuan itu,” katanya.

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU-14 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 7 April lalu.


 

Lihat video:
https://youtu.be/2elmY_MZ-RA

https://pakdin.my/tag/spr/

#FailedState
#Corruption
#Fitnah
#PakatanHipokrit
#TunM93Tahun
#KekalBN
#RespectMyPM #BarisanProRakyat
#UndilahBarisanNasional
#UndilahBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JanjiDitepati

Berkaitan

Baca Juga

Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja

Siaran Facebook mendakwa bahawa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di wilayah Pattani, Selatan Thailand dibawa ke hospital selepas dipercayai memakan brownies ganja. Hantaran itu...

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...