PRU14: Tambahan 1 Juta Pekerjaan Di Bawah MyApprenticeship - pakdin.my

Sejuta lagi peluang pekerjaan akan ditambah menerusi program MyApprenticeship, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, komitmen itu adalah tambahan kepada janji kerajaan untuk mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan baharu seperti diumumkan menerusi Aku Janji Ketiga dalam Manifesto Kerajaan BN sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Selain daripada itu, kerajaan bertekad menambah satu juta lagi peluang pekerjaan baharu untuk semua rakyat dan anak-anak Malaysia!

“Ternyata ini sunggu berbeza dengan Manifesto Pakatan Pembangkang yang hanya sekadar menjanjikan satu juta peluang pekerjaan dalam tempoh sama,” katanya ketika berucap merasmikan Program MyApprenticeship di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Jumaat.

Katanya lagi penambahan jumlah itu diputuskan dalam satu mesyuarat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada 22 Februari lalu.

MyApprenticeship adalah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bertujuan dan tertumpu kepada penempatan graduan belia, wanita, diploma dan ijazah serta pekerja untuk mengambil bahagian dalam perantisan di sektor awam dan swasta dalam mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kerja yang berharga demi kebolehpasaran mereka.

Program berkenaan diterajui Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Kewangan, membabitkan kerjasama NBOS dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS); Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Pendidikan dan Blue Ocean Corporate Council (BOCC).

Dalam masa yang sama, Najib turut melancarkan portal MyApprenticeship selain menyaksikan pertukaran 18 dokumen kerjasama dan Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan agensi kerajaan dan swasta dengan menyediakan 6,000 tempat skim perantisan.

Selain itu Najib turut berkata kerajaan juga bersetuju memberikan potongan cukai berganda kepada semua syarikat yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

“Sebagai inisiatif kepada syarikat yang mengambil bahagian dalam progrm MyApprenticeship ini, maka dengan sukacitanya kerajaan bersetuju memberikan double ‘tax deduction’ atau potongan cukai berganda kepada semua syarikat yang terbabit dalam merealisasikan inisiatif besar ini,” kata beliau.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/manifesto

#ManifestoBN
#TolakPKR
#TolakLogoPKR
#Rasuah
#BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat
#JomBN

UTAMAPILIHAN RAYAPRU14: Tambahan 1 Juta Pekerjaan Di Bawah MyApprenticeship

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium