Nika Gee Siew Yee didakwa kerana akses komputer tanpa kebenaran - pakdin.my

Seorang ahli perniagaan wanita bergelar “Datuk” didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengakses komputer milik seorang pengurus teknologi maklumat tanpa kebenaran bagi mendapatkan 3 fail mesyuarat Kelab Taman Perdana Diraja, 3 tahun lepas.

Datuk Gee Siew Yee, 56, ahli jawatankuasa pusat kelab itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Wanita itu didakwa tanpa kuasa mengakses komputer milik Brian Periera, 32, dengan niat mendapatkan 3 fail mesyuarat kelab itu di Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang, pada 29 September 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 3(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duannya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa mencadangkan jaminan RM8,000 manakala peguam R Ramesh Sivakumar yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan RM5,000 atas alasan anak guamnya memegang jawatan penting dalam masyarakat dan berjanji akan hadir ke mahkamah semasa sebutan dan perbicaraan kes.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/nika-gee/

UTAMABERITANika Gee Siew Yee didakwa kerana akses komputer tanpa kebenaran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium