PRU14: Pendedahan skandal Mat Sabu – selesaikan masalah dalaman PAN - pakdin.my

1. Parti Amanah Nasional (PAN) harus berhenti menyalahkan Barisan Nasional (BN) berkaitan pendedahan terhadap presiden mereka. Selesaikan lah masalah dalaman parti sendiri.

2. Adalah sangat tidak betul Pemimpin Pakatan dan PAN untuk menyalahkan BN atas pendedahan terhadap Presiden PAN, Mat Sabu hari ini.

3. Pendedahan dibuat oleh ahli PAN – bukan BN

BN tidak terlibat langsung dalam perkara ini.

4. Tetapi itu tidak menghalang timbalan presiden PAN Salahuddin Ayub mendakwa bahawa pendedahan ini adalah “berita palsu” dari BN dan kemudian memfitnah BN.

5. Orang yang mendedahkannya adalah anggota PAN, orang yang terdedah adalah presiden PAN tetapi BN dipersalahkan?

6. Memang tidak dinafikan ramai juga di dalam BN yang suka menonton ceramah Mat Sabu kerana ia adalah lucu dan menghiburkan – walaupun banyak kekurangan pada fakta dan kebenaran.

7. Tidakkah ada kemungkinan sabotaj dalaman atau perebutan kuasa dalam parti PAN?

8. Adalah lebih baik bagi presiden PAN untuk membersihkan namanya dengan segera membuat laporan polis dengan mengatakan bahawa orang dalam rakaman audio itu, mesej dan foto WhatsApp bukan dia.

Biarkan polis siasat.

9. Tak perlulah meroyan atau mendakwa ia adalah berita palsu dan kemudian menyalahkan BN. Jangan memfitnah BN.

10. Pergi selesaikan masalah dalaman parti sendiri dan jangan cuba untuk menyalahkan orang lain.

11. Jangan seperti kes Zairil dan Dyana didedahkan sepanjang tahun lalu di mana banyak foto dan video yang dikatakan palsu tetapi mereka tidak membuat sebarang laporan polis untuk mendakwa ia benar. Kita semua tahu sekarang apa hasil dari kes tersebut.

https://pakdin.my/tag/mat-sabu

#TolakPKR
#TolakLogoPKR

UTAMAPILIHAN RAYAPRU14: Pendedahan skandal Mat Sabu - selesaikan masalah dalaman PAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium