#PemilihanUMNO: Siasat Exco Pemuda UMNO Beli Undi - pakdin.my

Lembaga Disiplin UMNO digesa menyiasat tindakan seorang calon bertaraf Exco Pemuda yang menggunakan wang untuk meraih undi perwakilan.

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Sharyfudin Basari mendakwa, calon tersebut didapati menghantar dua individu untuk bertemu dengan perwakilan Pemuda UMNO dan menyerahkan sampul surat dengan wang berjumlah RM200 hingga RM300 mengikut kedudukan mereka dalam parti.

Justeru, beliau berharap pihak Lembaga Disiplin UMNO mengambil tindakan segera bagi memastikan pembaharuan parti yang diinginkan tidak lagi dicemari dengan politik wang.

“Tindakan saya membuat laporan ini bukanlah disebabkan ingin menjatuhkan individu tertentu sebab saya hanya bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian sahaja bukannya Ketua Pemuda Bahagian.

“Dalam keadaan parti yang memerlukan pembaharuan menyeluruh, saya amat kesal masih ada calon yang menggunakan politik wang, budaya jijik ini perlu dihentikan serta-merta sekiranya UMNO mahu kembali menjadi parti yang relevan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media bagi mengemukakan laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC, hari ini.

https://pakdin.my/tag/pemilihan-umno

UTAMAPOLITIK#PemilihanUMNO: Siasat Exco Pemuda UMNO Beli Undi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium