#PenyamunTua #PenyamunNegara #SelamatkanKeluarga #SelamatkanKroni #BantuanRakyatBagiKroni #BapakKroni
■ PROJEK ECRL KINI MILIK KRONI
■ HARGA MENINGKAT MENDADAK RM15BILIUN
■ PENYAMUN TUA MENYAMUN PUSINGAN KE DUA.
Alhamdulillah….
Projek ECRL akan diteruskan.
Menteri Kewangan telah mengumumkan berkenaan perkara ini hari ini.
Walaupun pada asalnya ia telah dibatalkan oleh kerajaan, akhirnya ia diteruskan juga mungkin kerana kerajaan menyedari kepentingan dan manfaat besar projek ini terutamanya bagi membawa pembangunan ke negeri-negeri Pantai Timur.
Kita berharap projek HSR juga akan diteruskan. Tukarlah namanya. Rebrand. Ubah sejarah dengan mengatakan Mahathir dan Pakatan Harapan yang ilhamkan projek ini. Kami tak kisah. Yang penting negara dan rakyat mendapat manfaatnya.
Cuma agak pelik apabila LGE mengatakan kos projek ECRL adalah sebanyak RM 70 billion!
Sedangkan kerajaan BN sebelum ini mengatakan kosnya adalah RM 55 billion.
Ada tambahan RM 15 billion secara tiba-tiba.
Rupa-rupanya ada sebab musababnya kos ini meningkat secara ajaib.
Salah sebuah syarikat yang dianugerahkan kontrak projek ECRL oleh Kerajaan Terengganu yang bakal memiliki antara jajaran terpanjang ECRL ini adalah Syarikat T7 Global.
PH menang PRU dan Tun umumkan pembatalan serta merta projek ECRL setelah kemenangan beliau.
Namun pada 16 Mei 2018, Vincent Tan telah membeli dan menjadi pemegang saham penting Syarikat T7 Global. ?
Kroni Tun ini telah membeli saham syarikat yang akan membina ECRL walau ‘tahu’ ECRL akan DIBATALKAN.
Dan hari ini, Menteri Kewangan buat pengumuman projek ECRL diteruskan. ?
Dah boleh agak rasanya kenapa projek ini diteruskan dan kos telah bertambah secara misteri.
Ok la tu… dari bagi pada Negara China, elok bagi pada kroni. Jimat banyak….
15 billion jimat. ?
http://www.theedgemarkets.com/article/vincent-tan-emerges-t7-globals-substantial-shareholder