"Kalau difikirkan secara logik, siapa mahu menghabiskan masa 4 jam dalam kereta api dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor berbanding kira-kira 30 minit dengan menggunakan penerbangan." kata mereka.
Jadi rupanya segala tuduhan dan dakwaan bahawa kerajaan lalu telah menaikkan harga kontrak bagi tujuan membayar hutang 1MDB adalah mitos dan tahyul sahaja. Apakah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini bersedia meminta maaf atas penipuan tersebut?
Dedahkan perincian kontrak dalam MOU ini dan bersihkan apa jua perjanjian sampingan yang mungkin ada dalam projek ECRL. Beliau juga perlu dedahkan sama ada CCCC diberikan pengecualian cukai jualan untuk projek ECRL atau sebaliknya.
2 hari lepas, Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan satu 'perjanjian rahsia' antara kerajaan Malaysia dan kontraktor China bagi mendapatkan diskaun ECRL. Dokumen tersebut menyatakan bahawa CCCC (Kontraktor China) akan diberi hak untuk terlibat di dalam pembangunan sepanjang jajaran stesen ECRL dengan nilai pembangunan minimum RM10 bilion untuk keluasan maksimum 4500 ekar
Rakyat Malaysia sekali lagi diperbodohkan. Kononnya, Najib Tun Razak membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Tun Daim Zainuddin pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21.5 bilion kepada RM44 bilion. Maknanya, Najib samada dia ni bodoh atau pun penyamun. Sekarang, baru kita tahu yang RM21.5 billion itu bukanlah diskaun seperti kita diberitahu. Yang sebenarnya, China telah diberi tanah dan hak pembangunan yang jumlahnya sepuluh kali ganda tinggi dari ‘diskaun’ yang mereka beri.
Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebelum ini pernah menyatakan kerajaan pernah ditawarkan kos pembinaan ECRL berharga RM10 bilion sahaja. Apa yang telah terjadi dengan tawaran ini dan mengapakah ianya tidak diterima oleh kerajaan?
Kerajaan yang demokratik perlu proaktif dan mengambil tanggungjawab dalam memberikan justifikasi secara terbuka dan telus kepada rakyat. Memimpin negara dengan standard keilmuan yang tinggi dengan menyediakan argumentasi yang bernas dan pertimbangan yang adil buat rakyat dan negara. Tidak sesekali menyumbat rakyat dengan figura yang kosong dan propaganda yang cetek.
Malangnya Malaysia mempunyai kakitangan di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang buta Geografi. Kenyataan Media PMO bertarikh 12/04/2019 mencatatkan Republic of China sebagai China. Untuk pengetahuan kakitangan PMO.
Harini kita semak dia hanya melepaskan pegangan dia sebagai 'substantial shareholder'. Dia masih lagi punya pegangan saham. Saham dia yang kononnya nak jual tu semua itu, masih lagi belum dijual sepenuhnya. Dia jual sikit je.
Penafian Tun Mahathir mengenai ketulenan surat pembatalan ECRL yang tersebar sangat aneh kerana bukan beliau yang menandatangani surat tersebut dan bukan beliau yang mengetuai Kementerian Kewangan.