SPRM tahan MB Perlis - pakdin.my

Apabila ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Perlis itu ditahan, Azam berkarta, pihaknya tidak menolak kemungkinan tangkapan akan dibuat.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Menurut sumber dia ditahan di ibu pejabat agensi antirasuah itu selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya.

Difahamkan Mohd Shukri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan Mohd Shukri kini berada di ibu pejabat agensi berkenaan.

“Saya boleh sahkan dia (Mohd Shukri) dipanggil oleh SPRM.

“Ketika ini dia ada di ibu pejabat kami dan sedang memberi keterangan kepada pegawai SPRM berhubung beberapa dakwaan berkaitan dia dan anak lelakinya,” kata Azam.

Tambah Azam, Mohd Shukri disiasat mengikut Seksyen 53(3) Akta SPRM.

Apabila ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Perlis itu ditahan, Azam berkarta, pihaknya tidak menolak kemungkinan tangkapan akan dibuat.

Sudah habis ikhtiar

Bagaimanapun, katanya, ahli politik terbabit dijangka dilepaskan jika SPRM berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan.

“Saya tak menolak kemungkinan dia akan ditahan mengikut Seksyen 53 Akta SPRM.

“[…] bergantung kepada keterangan yang diberikannya pada hari ini.

“Sekiranya keterangan itu mencukupi, maka dia akan dilepaskan dengan jaminan,” katanya lagi.

Minggu lalu, SPRM menahan anak lelaki Mohd Shukri serta lima yang lain bagi membantu siasatan berkaitan penyerahan dokumen palsu dan tuntutan membabitkan RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Kes itu disiasat selepas projek yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan, pembekalan dan perkhidmatan dari 2022 sebaliknya tidak dilaksanakan sehingga kini.

Azam hari ini juga mengesahkan salah satu kes yang disiasat termasuk dakwaan tuntutan palsu bagi membekalkan minuman untuk Raja Perlis semasa baginda mendapatkan rawatan di sebuah hospital di negeri itu.

Susulan penahanan anaknya itu, Mohd Shukri memberitahu Dewan Undangan Negeri Perlis bahawa dia terbuka dengan siasatan oleh pihak berkuasa dan sedia menerima jika benar-benar wujud sebarang salah laku.

“Ini adalah ujian yang sedang saya hadapi dan jika anak saya (terbukti) bersalah, maka hukumlah dia kerana saya sudah beri pendidikan dan ilmu.

“Ia termasuk juga pegawai saya di mana saya selalu berpesan mengenai perkara ini dan jika terbabit juga, saya sudah habis ikhtiar,” katanya pada 25 April lalu.

BACA juga:

[VIDEO] Bekas MB Perlis mengaku tidak bersalah terima wang haram RM1.06 juta

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

UTAMABERITASPRM tahan MB Perlis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium