Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan - pakdin.my

#UndangUndangRimba #ManaIntergritiSPRM #KERAjaanTomato #PakatanHipokrit

Masihkah anda ingat kes tangkapan besar-besaran di Sabah melibatkan penyelewengan dana KKLW bermula dari tangkapan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Arifin, Jamawi Jaafar, adik-adik Shafie hinggalah Shafie Apdal sendiri. Jumlah yang ditahan reman ialah 13 orang.

Joseph YU Sin Kong pemilik Sinkong Contructions Sdn Bhd yang membayar rasuah kepada Shafie Apdal dan lain-lain turut ditangkap SPRM.

Ketika itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki menganggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 (NKRA) diseleweng di KKLW.

Lebih 60 syarikat disiasat SPRM meliputi 170 projek bekalan air, 163 projek jalan raya dan 17 projek bekalan elektrik di sembilan daerah di Sabah. SPRM sendiri mengesahkan 23 syarikat yang disiasat adalah dibawah kuasa adik Shafie Apdal iaitu Datuk Yusof dan Hj Hamid Apdal.

Paling penting ialah penangkapan Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW sebagai SAKSI UTAMA KES.

SPRM telah berjaya memujuk Norhartaty sebagai saksi dan menjanjikan keselamatan serta melepaskan beliau jika memberikan kerjasama kepada SPRM. Beliau tidak lagi dianggap sebagai bersubahat dan pelaku rasuah tetapi saksi untuk menuduh Shafie Apdal di mahkamah.

SPRM menggugut akan mendedahkan akaun RM29 juta yang dibeku milik Hartaty jika tidak memberi kerjasama. Oleh itu tidak ada satupun kita membaca dalam media tentang pembekuan RM29 juta dari Timbalan Setiausaha Bahagian KKLW. Jumlah pembekuan yang diumumkan ialah RM179 juta. Anda boleh bayangkan seorang penjawat awam berjawatan Timbalan Setiausaha Bahagian saja boleh mengumpul RM29 juta.

Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

Baca seterusnya disini:
https://malaysiachoice.wordpress.com/2018/07/06/shukri-sprm-arah-kes-shafie-apdal-ditutup-saksi-miliki-akaun-rm29-juta-dibebaskan/


Rujukan:
https://pakdin.my/tag/kklw/

https://pakdin.my/tag/bekalan-air

UTAMAPOLITIKShukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium