BERITAPOLITIKUsah usik institusi diraja, hak istimewa orang Melayu - Sultan Kedah

Usah usik institusi diraja, hak istimewa orang Melayu – Sultan Kedah

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah semalam mahu agar unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tidak diusik bagi memastikan keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan.

Baginda bertitah ia termasuklah kewujudan institusi diraja, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.

“Beta perhatikan sejak akhir-akhir ini wujud kecenderungan untuk mengganggu gugat perpaduan kita. Isu nostalgia bangsa, sensitiviti kaum, agama dan kepercayaan ditimbulkan secara sengaja,” titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.

Baginda bertitah walaupun dilakukan atas dasar liberalisme, keterbukaan serta kebebasan bersuara, namun perlembagaan sedia ada perlulah dihormati dan diberi keutamaan.

“Permuafakatan telah pun dimeterai kemas dan kemudian telah membentuk kandungan perlembagaan kita.

Pakatan murni yang dipersetujui adalah cerminan sikap tolak ansur pribumi terhadap pelbagai kaum yang lain dan telah diterima sebagai sebuah kontrak sosial,” titahnya.

……..
https://pakdin.my/tag/raja-melayu
https://pakdin.my/tag/melayu/

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami