UtamaNASIONALHasanah saman SPRM, kerajaan...

Hasanah saman SPRM, kerajaan PH - pakdin.my

Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid telah memfailkan saman pemula supaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa Seksyen 28A(8) dan (9) Kanun Tatacara Jenayah adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Perlembagaan Persekutuan.

Hasanah telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 5 petang, 28 Ogos lalu dan direman selama lima hari memfailkan saman pemula itu melalui firma guaman, Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co. pada 30 Ogos lalu.

Sepanjang tempoh reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah itu, Hasanah selaku pihak pemohon menyatakan, dia tidak dibenarkan berunding dengan peguambelanya kerana SPRM yang dinamakan sebagai responden pertama telah mengeluarkan satu surat pemberitahuan bahawa hak untuk berunding dengan peguam disekat di bawah Seksyen 28A(8) dan (9).

Walhal undang-undang ada memperuntukkan, selagi rundingan dengan peguam belum sempat dibuat, soal jawab antara SPRM dengan pihak pemohon tidak boleh bermula.

Oleh itu pihak pemohon menyatakan, Seksyen 28A(8) dan (9) adalah peruntukan drastik yang bercanggah dengan Fasal 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dan mencabul hak asasinya.

Sehubungan itu, pihak pemohon memohon mendapatkan perlindungan undang-undang dengan segera bagi memastikan dirinya mendapat hak untuk berunding dengan peguam di bawah Fasal 5(3) dan Fasal 8 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pemohon sehubungan itu memohon perisytiharan bahawa seksyen tersebut tidak sah, batal, tiada kesan dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadapnya.

Peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah memberitahu pemberita, Hakim Datuk Azizah Nawawi ketika pengurusan kes buat kali pertama hari ini di kamar hakim menetapkan 24 September ini untuk mendengar permohonan pihak pemohon.

Selain SPRM, Hasanah turut menamakan Kerajaan Malaysia sebagai responden kedua. Kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Norzilati Izhani Zainal @ Zainul.

………..
Rujukan:
https://pakdin.my/surat-cia-tiada-kaitan-dengan-najib-kata-bekas-ketua-perisikan/

https://pakdin.my/tindakan-sprm-guna-media-dalam-siasatan-dipertikaikan/

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...