Kerajaan Gila Kuasa dan Elaun - pakdin.my

Naik jadi kerajaan dengan menuduh pegawai kerajaan jadi boneka kerajaan lama.

Hari ini mereka jadi gila bila pegawai kerajaan tidak mahu jadi boneka mereka. Ada Pegawai Menteri minta gred 54 walau kelayakan gred 41. Ada calon pegawai tidak lulus bahasa Melayu peringkat SPM.

Mana ada PTD gila mahu luluskan. Esok jatuh pula kerajaan ini siapa mahu jawab?

Mamak Bendahara pun mengamuk kata pegawai kerajaan tidak setia.

Pegawai Kerajaan dari dulu tidak pernah langgar prosedur bila babitkan pengambilan dan pemberhentian pekerja.

Jika anda dalam “circle” pentadbiran dulu tentu anda tahu bab penggajian melebihi gred kelayakan tiada kompromi hatta arahan Menteri sekalipun.

Masalah kerajaan hari ini mereka naik dengan pembohongan sehingga percaya pembohongan mereka adalah sesuatu yang nyata.

Ha ha ha bodoh! Sekarang orang nampak kerakusan anda. Bab pelantikan pegawai dan gred gaji pun hendak bergaduh.

Nampak sangat semua ini kaki sakau saja. Tulis dalam media sosial bukan main suci bersih dan amanah. ?

* Dari Perdana Menteri sehinggalah pentadbir sudah kena penyakit menyalahkan kerajaan terdahulu tanpa memberikan butiran lengkap. ‘Kerajaan terdahulu’ mungkin merujuk zaman rejim Perdana Menteri ke-4.

……………..

KSN nafi ada sabotaj lantikan politik

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar menafikan ada sabotaj dalam lantikan politik yang dibuat kerajaan baru dengan memberikan gred dan gaji yang lebih rendah.

Beliau berkata pihaknya sebaliknya sedang memperbetulkan amalan kerajaan lalu yang memberikan gred lebih tinggi kepada lantikan politik.

“Pelantikan pegawai politik dahulu disalah guna. Menteri beri gred dan pegawai SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) tak berani kata tidak.

“Sekarang, dengan kerajaan baru semuanya ikut peraturan. Pelantikan dibuat mengikut gred lantikan dibawah SPA,” katanya seperti dipetik laman The Malaysian Insight.

Beliau mengulas laporan portal itu yang memetik beberapa sumber yang mendakwa pegawai SPA menggunakan budi bicara sendiri untuk menilai semula pangkat pegawai yang dilantik kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber itu juga dilaporkan berkata JPA tidak mengendahkan kelulusan yang dibuat perdana menteri dan menteri berkenaan pelantikan dan gaji beberapa pegawai khas baru, setiausaha politik dan pegawai media.

Ismail berkata pegawai yang tidak berpuas hati dengan perkara itu boleh membuat rayuan dan SPA akan membuat semakan semula.

 

UTAMAPOLITIKKerajaan Gila Kuasa dan Elaun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium