[Video] Pemilihan PKR kecoh, FRU dikerah kawal keadaan - pakdin.my

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan apabila pemilihan kepimpinannya yang bermula hari ini dilaporkan kecoh.

Menurut sumber, berlaku pergaduhan besar di kalangan ahli-ahli parti itu sehingga memaksa banyak cabang tempat mengundi di Kedah terpaksa dibatalkan.

Kekecohan tersebut sehingga memaksa unit simpanan persekutuan (FRU) dikerah bagi mengawal keadaan.

Difahamkan kekecohan tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli terhadap sistem e-undi (undi secara digital) yang diperkenalkan buat pertama kalinya.

Pemilihan PKR dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Pemilihan kali ini menyaksikan Kedah dan Pulau Pinang sebagai pembuka gelanggang yang mana seramai 105,056 anggota PKR akan mengundi kepemimpinan masing-masing selain memilih Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Seramai 800,000 ahli PKR seluruh negara layak mengundi pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung sehingga 28 Oktober depan.

LIHAT video: https://youtu.be/f1StNEen_Po

Kenapa kata Polis bodoh??

Kan Pemilihan PKR semua berjalan dgn lancar dan tertib.. Sebagaimana DSAI beritahu, tiada pergaduhan tiada kekecohan…. ??

…………
https://pakdin.my/tag/pemilihan-pkr

UTAMAPOLITIK Pemilihan PKR kecoh, FRU dikerah kawal keadaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium