MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kos ECRL tidak tinggi, mana datang angka dan anggaran serta pengesahan kos RM10bilion – kontraktor

Syarikat China Communications Construction Company Limited (CCCC) mempertahankan projek mereka, rangkaian Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dianggap perdana menteri sebagai “terlalu mahal”.

Dalam temu bual langka yang diadakan di ibu pejabat CCCC di Beijing, China, naib presiden syarikat itu Sun Ziyu menjelaskan mengapa projek sepanjang 688km itu menelan belanja RM66.78 bilion.

“Kos pembinaan projek itu bergantung kepada kuantiti kerja. Harganya akan berbeza-beza jika skop kerja dalam kontrak itu tidak menentu.

“Saya boleh katakan kepada media Malaysia secara bertanggungjawab bahawa kos pembinaan ECRL tidak tinggi,” katanya.

Pembinaan ECRL asalnya diluluskan oleh BN pada Okt 2016 namun Pakatan Harapan (HARAPAN) yang membentuk kerajaan selepas 9 Mei mengeluarkan arahan penggantungan pada Julai lalu kerana dianggap menelan belanja sangat besar.

CCCC sebagai kontraktor yang diberi tanggungjawab membina ECRL memberitahu projek itu sudah siap sebanyak 20 peratus.

Sebelum ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kos sebenar ECRL ialah RM81 bilion dan ia jauh lebih tinggi berbanding anggaran kerajaan Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM55 bilion.

Belum lagi disahkan

Pada 28 Ogos lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan menerima tawaran serendah RM10 bilion untuk projek berkenaan.

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu membayar kepada syarikat asing sebanyak RM55 bilion walaupun projek ECRL tersebut bernilai tidak lebih daripada RM30 bilion.

Sun kemudian mempertikaikan dari mana angka dan anggaran itu diperolehi kerajaan HARAPAN.

“Saya jurutera untuk sebuah projek pelabuhan, kereta api bukan kepakaran saya. Saya sendiri tak berani memberi kenyataan mengenai projek landasan kereta api.

“Kalau ini (landasan kereta api) pun bukan bidang saya, apa lagilah pemimpin-pemimpin itu?

“Perdana menteri (Dr Mahathir) sebelum ini seorang doktor dan Lim bukan seorang jurutera.

“Saya tak tahu dari mana mereka dapat semua maklumat tersebut,” katanya.

Apabila ditanya jika ECRL boleh disiapkan dengan kos hanya RM10 bilion Sun (gambar) berkata, sesuatu projek mempunyai ciri tersendiri berbanding projek lain.

“Kita patut menilai harga berdasarkan skala, keadaan geologi, piawaian alam sekitar (dan kriteria lain),” katanya.

Menurut Sun maklumat yang diberikan kerajaan Malaysia itu belum diteliti dan disahkan.

Katanya seseorang juga tidak boleh membandingkan satu projek landasan kerata api sepanjang 10km dengan projek sejauh 100km.

Dia juga menjelaskan bahawa pembinaan landasan sejauh 688km itu mempunyai kerumitan tertentu.

“Dari segi teknikal, lebih 30 peratus jajaran projek ECRL melibatkan jambatan dan ia melalui banyak gunung, selain melintasi banyak sungai serta lebuh raya.

“Analisis geologikal menunjukkan ECRL melalui kawasan paya di pantai timur, justeru kami perlu membina asas yang kuat bagi mengelakkan pemendapan.

“Di kawasan yang ditenggelami air kami terpaksa membina banyak saliran dan tali air untuk mengelakkan banjir.

“Pembinaan ECRL juga merentasi Banjaran Titiwangsa dan terowong yang akan dibina merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara.

“Sebab itu keadaan geologicalnya sangat rumit,” katanya.

Menurut Sun kos ECRL meningkat daripada RM45 bilion kepada RM66.78 bilion selepas dua perjanjian ditandatangani bagi mengubah keadaan landasan daripada satu menjadi berkembar.

Ia kemudian dicadang supaya disambung sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand.

………………..

https://pakdin.my/tag/ecrl

Berkaitan

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani