Isa bertanding calon Bebas di Port Dickson - pakdin.my

Atas arahan Mahathir?

Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini mengesahkan beliau akan bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, beliau membuat keputusan itu kerana UMNO tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan.

“Saya bertanding kerana kerusi itu telah dikosongkan, lagipun saya adalah orang Port Dickson,” kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (kini Port Dickson) itu berkata, beliau mempunyai peluang yang baik untuk menang kerana telah lama berkhidmat di kawasan berkenaan serta dikenali oleh pengundi.

Mohd. Isa yang juga bekas Pengerusi FELDA pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Linggi dan Bagan Pinang yang terletak di bawah Parlimen Port Dickson.

PKR dijadualkan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK tersebut manakala PAS dijangka mengumumkan calon mereka malam ini selepas UMNO memboikot pilihan raya tersebut .

UTAMAPILIHAN RAYAIsa bertanding calon Bebas di Port Dickson

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium