back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Sistem komputer Media Prima digodam, bayaran RM26 juta dituntut

    Sistem komputer Media Prima, pemilik stesen TV utama dan akhbar harian, diserang penggodam yang menuntut bayaran dalam bentuk bitcoin.

    Penyerang yang menggunakan perisian “ransomware” menuntut 1,000 bitcoin, sejenis mata wang elektronik, yang bersamaan RM26.4 juta, lapor The Edge Financial Daily.

    “Seluruh sistem komputer kumpulan Media Prima diserang dengan ‘ransonware’ sejak empat hari lalu. Penggodam menuntunt 1,000 bitcoin,” kata satu sumber kepada harian itu.

    Media Prima bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan serangan tersebut, yang mengakibatkan sistem komputer tidak boleh diguna kecuali selepas wang dibayar.

    Akhbar itu juga melaporkan syarikat gergasi media tersebut enggan membuat bayaran seperti dituntut, malah memindahkan sistem kepada G Suite yang dibangunkan Google.

    “Mereka [penggodam] menuntut bitcoin tetapi kami enggan membayar mereka,” kata satu sumber lain seperti dilaporkan.

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend