UtamaEDITORIAL1MDBKementerian Kerja Raya Diminta...

Kementerian Kerja Raya Diminta Kaji Hapus Satu Tol Lebuh Raya Cheras-Kajang - pakdin.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Kerja Raya mengkaji kemungkinan memansuhkan satu daripada dua tol di Lebuh Raya Cheras-Kajang di sini.

Beliau berkata kajian itu perlu dibentang kepada Jemaah Menteri untuk perincian sebelum kerajaan memutuskan isu yang menjadi keluhan penduduk di sekitar kawasan itu.

“Saya sebut perkara ini sebab saya nak gambarkan kepada tuan-tuan bahawa apabila disebut ‘Rakyat didahulukan,’ kita benar-benar nak buat apa sahaja supaya rakyat merasakan beban mereka lebih ringan lagi dengan usaha kerajaan.

“Berhubung Tol Grand Saga, saya akan minta Menteri Kerja Raya untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam, dan dibawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri untuk dikaji kalau sekiranya kita mampu berbuat sesuatu berhubung dengan masalah tol tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Dataran Usahawan, Batu 14, Pekan Hulu Langat hari Ahad.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih Datuk Johan Abd Aziz, yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Langat.

Najib berkata beliau perlu mengkaji setiap permohonan yang dikemukakan kepadanya dengan lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya tak nak sebut ini (lulus) sebab ia libatkan implikasi kewangan yang besar, jadi kalau terus saja saya umum, saya tahu tepukan yang kuat akan kedengaran, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya akan kaji dahulu dengan mendalam, dan tunggulah masanya, kalau ada apa-apa pertimbangan yang baik, ia akan diumumkan,” katanya.

Dalam ucapan beliau di depan lebih 5,000 orang, Najib turut memberi jaminan kerajaan akan menimbang untuk menaik taraf Hospital Kajang yang beroperasi lebih 100 tahun dan kini semakin uzur serta tidak mampu menampung ramai pesakit berikutan pertambahan bilangan penduduk di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu berikutan permohonan ADUN Semenyih kerana penduduk sekitar cukup terbeban apabila perlu membayar dua tol kendalian syarikat konsesi Grand Saga Tol Sdn Bhd, yang masing-masing pada kadar RM0.90 dan RM1.10 dalam jarak dua kilometer.

Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional terbukti berkesan membawa perubahan seperti menangani isu ekonomi ketika beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, mengalami krisis.

“Ini bererti kalau kita tanya rakyat Malaysia, semuanya merasakan (keadaan) akan bertambah baik dan mereka mempunyai keyakinan serta perasaan bahawa jika kerajaan meneruskan hala tuju dan perancangan berdasarkan perancangan induk seperti GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan RMK-10 (Rancangan Malaysia Kesepuluh), insya-Allah masa depan mereka akan bertambah baik,” katanya.

Najib berkata keadaan ini cukup berbeza dengan negara maju lain yang mana peruntukan serta pencen rakyatnya dipotong, selain terpaksa bergantung kepada bantuan negara lain untuk menyuntik sumber kewangan bagi menyelesaikan kemelut ekonomi yang dihadapi.

“Tapi di Malaysia, bukan sahaja boleh bayar gaji, bonus separuh bulanpun boleh diberi kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, malah yang tak bekerja dan sedang menimang cucu juga diberi bayaran RM500… inilah bertuahnya hidup di bumi Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada fakir miskin, anak yatim dan warga emas, selain komputer riba 1Malaysia kepada penduduk terpilih dari kawasan Parlimen Hulu Langat.

Najib kemudian menunaikan solat Maghrib di Masjid Hishamuddin Alam Shah sebelum berangkat ke Masjid Jamek Kampung Pasir Baru, Semenyih yang terletak kira-kira 25 kilometer dari sini untuk solat Isyak dan Terawih, serta moreh bersama jemaah.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s