Proton Geely: Mahathir seperti ‘pandai berminyak air’ jadi bahan Cemuhan netizen - pakdin.my

Setelah setahun Proton bergabung dengan GEELY iaitu syarikat kereta dari China, kini lahirlah model SUV pertama dari Proton yang diberi nama Proton X70. Ia ditawarkan pada harga bermula RM99,800 hingga RM123,800.

Mahathir Mohamad telah memuat naik catatan berikut di Facebook beliau:

“I am extremely proud seeing how Proton has grown so much over the past 35 years. I am sure that it will come up with many more new models which will make the country proud.”

“Maybe after this, the cars will be conceptualised, designed, tested and built as a truly, 100 per cent Malaysian car in the future..this can be achieved with Proton’s cooperation with Geely,”

BACA disini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156052713503652&id=12411993651

Catatan beliau telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang kebanyakannya mencemuh beliau kerana semasa Proton mula membuat perjanjian usahasama dengan GEELY pada tahun 2017, Tun Mahathir selaku pengerusi pembangkang Pakatan Harapan pada ketika itu mengajak rakyat menangis kerana dakwanya Perdana Menteri pada ketika itu DS Najib telah menjual “anaknya” iaitu Proton kepada China.

Tetapi selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini telah melancarkan model SUV Proton Geely ini. Beliau hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

“Saya berbangga dalam tempoh 35 tahun ini Proton telah berkembang dengan baik dan suatu hari nanti kita akan dapat menyaksikan pembangunan model kenderaan yang dibina 100 peratus oleh tenaga kepakaran tempatan,” katanya Tun Dr. Mahathir

Berbeza sekali kenyataan Tun Dr Mahathir ketika sebelum PRU14 dulu. Di bawah adalah keluhan dan tangisan beliau di blognya pada ketika itu, sehingga menimbulkan rasa simpati ramai pihak:

PROTON
25 May 2017

1. Proton telah dijual. Ia dijual kepada orang asing.

2. Mereka dakwa Proton adalah ilham saya. Sekarang ini ilham saya telahpun dijual.

BACA seterusnya disini: http://chedet.cc/?p=2524

https://pakdin.my/tag/proton

UTAMAPOLITIKProton Geely: Mahathir seperti 'pandai berminyak air' jadi bahan Cemuhan netizen

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium