Honda pecat staf tulis komen tidak sensitif kematian Adib - pakdin.my

Honda pecat staf tulis komen tidak sensitif kematian Adib

Syarikat pengedar kenderaan Honda Malaysia memecat pekerjanya yang menulis komen tidak sensitif atas kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengarah pusat edaran berkata keputusan tersebut dibuat selepas “siasatan dalaman” menunjukkan wanita berkenaan didapati “melanggar dasar syarikat”, lapor Malaysiakini.

“[…] pekerja itu didapati melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya, khidmat pekerja itu dengan Sri Utama Auto Sdn Bhd sudah ditamatkan serta-merta,” kata Wong Chee Keong.

“Kami sekali lagi ingin memohon maaf atas kesan yang berpunca daripada komennya.”

Beliau juga memberi jaminan, pihaknya akan memberi perhatian bagi melatih dan mendidik pekerja dengan nilai moral dan sikap hormat kepada semua pihak.

Pada Selasa, wanita tersebut digantung tugas kerana menulis komen sedemikian berkaitan pematian Adib yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 18 Disember lalu, pengguna akaun Facebook Caryn Yean meninggalkan komen: “Bukan kerajaan gagal, Tuhan kamu yang tidak sembuhkan Adib.”

Adib, anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian Kuil Sri Maha Mariamman akhir bulan lalu.

Rujukan:
Gadis Cina, Caryn Yean menghina kematian Muhammad Adib di media sosial
https://pakdin.my/caryn-yean-hina-kematian-muhammad-adib/

UTAMABERITAHonda pecat staf tulis komen tidak sensitif kematian Adib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium