UtamaNASIONALKes Liwat - Sperma...

Kes Liwat – Sperma Masih Boleh Diperoleh Walaupun Dibasuh Atau Mandi: Pakar Patalogi - pakdin.my

Beliau bersetuju bahawa “kurang separuh” daripada semua aduan serangan seksual mengalami kecederaan pada alat kelamin atau kawasan dubur.
“Jadi, bukan sesuatu yang ganjil jika tiada kecederaan dialami Saiful?,” soal Mohamed Yusof dan Dr Wells bersetuju.

 

Pakar patalogi forensik yang memberikan keterangan bagi pihak pembelaan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersetuju dengan hasil penemuan perubatan bahawa sampel spermatozoa masih boleh diperoleh, malahan selepas ianya dibasuh atau mandi.

Prof Madya Dr David Lawrence Noel Wells, saksi ketiga pihak pembelaan, memberitahu Mahkamah Tinggi, bagaimanapun sampel dalam keadaan baik yang diambil daripada dubur atau kawasan rektum sepatutnya diambil dalam masa 24 hingga 36 jam.

Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang merujuk kepada artikel diterbitkan dalam jurnal perubatan, “Forensic Science International” bahawa calitan rektum boleh mengesahkan kehadiran spermatozoa sehingga 65 jam selepas persetubuhan, pakar itu berkata itu merupakan satu-satunya hasil penemuan yang dilaporkan di United Kingdom pada 1982.

Dr Wells berkata peluang mendapatkan sampel dalam keadaan baik selepas 36 jam amat sukar dan beliau tidak pernah mendengar kes seumpama itu selain daripada kes di United Kingdom itu.

“(Berdasarkan) Pengalaman kerja saya khususnya dalam mengendalikan kes serangan seksual di Australia dan kes ini (pengadu dalam kes Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan), saya berasa ragu-ragu untuk bersetuju dengan penemuan ahli kimia ke atas sampel yang diambil daripada dubur mangsa,” katanya.

(Dalam kes Mohd Saiful, sampel diambil di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun, 2008 dan ahli kimia Dr Seah Lay Hong, menerimanya kira-kira 56 jam kemudian).

Terdahulu, Dr Seah dalam keterangannya mengesahkan spermatoza daripada sampel air mani yang diambil daripada dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan baik dan menunjukkan kehadiran spermatozoa Lelaki Y.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, melakukan seks di luar tabii ke atas Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Kepada soalan lain Mohamed Yusof iaitu kenapa beliau tidak bersetuju dengan laporan kes pada 1982 itu, Dr Wells berkata ini mungkin disebabkan oleh ketidaktepatan sejarahnya di mana pengadu mungkin telah gagal menyatakan dengan betul masa kejadian itu didakwa berlaku.

“Nyahgredan spermatozoa amat pantas khususnya (melibatkan) sampel yang tidak disimpan mengikut standard metodologi,” katanya walaupun Mohamed Yusof menegaskan ia masih mempunyai kemungkinan berdasarkan laporan kes pada 1982.

Mengenai isu lain yang dibangkitkan oleh Mohamed Yusof, pakar forensik itu berkata majoriti mangsa serangan seksual tidak menunjukkan tanda kecederaan pada alat kelamin mereka.

Beliau bersetuju bahawa “kurang separuh” daripada semua aduan serangan seksual mengalami kecederaan pada alat kelamin atau kawasan dubur.

“Jadi, bukan sesuatu yang ganjil jika tiada kecederaan dialami Saiful?,” soal Mohamed Yusof dan Dr Wells bersetuju.

Pakar itu juga bersetuju dengan jurnal perubatan yang dibacakan oleh Mohamed Yusof bahawa sebahagian besar majoriti kecederaan pada alat kelamin atau dubur disebabkan oleh kemasukan alat tumpul, zakar, jari atau objek tidak bernyawa dan beberapa sebab yang boleh menjadi punca kepada ketiadaan tanda-tanda itu.

Menurut Dr Wells, faktor lain termasuk sama ada pelincir digunakan, sama ada perbuatan itu dengan persetujuan, tahap paksaan dan sama ada kelewatan dalam membuat laporan juga akan membolehkan kecederaan hilang.

Diperiksa semula oleh seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, S.N.Nair, Dr Wells bersetuju dengan pendapat peguam bela itu bahawa terdapat peningkatan kebarangkalian akan berlaku kecederaan jika tahap paksaan di pihak penyerang adalah tinggi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung esok.

Berkaitan

Baca Juga

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI