Waytha Moothy bukannya dewa yang tidak boleh ditegur - pakdin.my

Susulan kenyataan Hindraf yang mengataka Waytha Moorthy di jadikan kambing hitam:

Siapakah yang sebenarnya menimbulkan politik perkauman dan agama ini – kami umat Islam ke Waytha?

Bukankah Waytha yang mendakwa kononnya orang-orang Hindu di Malaysia dipaksa manganut agama Islam?

Bukankah beliau yang mendakwa kononnya negara ini tidak mengamalkan kebebasan beragama?

Bukankah beliau yang gagal meredakan kemarahan penganut agama Hindu dengan menegur Ganaatirau yang jelas menuding jari terhadap orang Melayu-Islam?

Bukankah itu satu kegagalan besar oleh Waytha selaku Menteri Perpaduan yang sepatutnya berusaha keras menangkis segala apa usaha dari pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan rusuhan perkauman?

Bukankah Waytha yang langsung tidak prihatin mahupun berperikemanusian apabila enggan meminta maaf kepada keluarga Adib biarpun tingkah-lakunya menjurus kepada pertumpahan darah?

Siapakah yang bermain politik perkauman di sini?

Apakah kami memainkan politik perkauman semata-mata kerana meminta Waytha meletak jawatan?

Apakah orang Melayu-Islam tidak berhak menegur seorang menteri sekiranya menteri tersebut penganut agama Hindu?

Apakah Waytha itu seorang dewa hinggakan kami tidak boleh menegur beliau?

Kami hanya meminta Waytha meletak jawatan kerana beliau sememangnya bertanggungjawab dalam hal kematian Adib.

…………..

HINDRAF dakwa Waytha Moorthy dijadikan ‘kambing hitam’
(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/511477/hindraf-dakwa-waytha-moorthy-dijadikan-kambing-hitam)

Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) mendakwa pengerusinya, P Waytha Moorthy dijadikan ‘kambing hitam’ dalam politik perkauman dan agama, susulan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Penasihat Perundangan HINDRAF, Karthig Shan, berkata politik perkauman dan agama digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu dengan mengaitkan kematian tragik Adib.

“Mereka mengelirukan rakyat dengan mewujudkan persepsi bahawa kematian itu adalah isu agama yang mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, Isnin lalu.

Dalam kejadian pada awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam.

Dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, akhir bulan lalu, Waytha turut mengeluarkan kenyataan menyalahkan polis kerana didakwa tidak mengendalikan isu itu dengan baik.

Sementara itu, pemergian Muhammad Adib yang ditangisi seluruh negara dipercayai turut menjadi punca banyak pihak mula mendesak Waytha Moorthy meletakkan jawatan atau dipecat.

Antaranya, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, yang mendesak Waytha Moorthy meletak jawatan selewat-lewatnya esok, atau satu perhimpunan akan diadakan bagi menuntut beliau berbuat demikian.

Beliau dilaporkan kecewa apabila Waytha Moorthy langsung tidak menggambarkan imej beliau sebagai seorang menteri yang memegang portfolio perpaduan.

Susulan insiden rusuhan itu, petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org, dilancarkan bulan lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) mensasarkan 300,000 tandatangan dan sehingga jam 9 malam ini 297,165 sudah menandatangani untuk Waytha Moorthy meletak jawatan.

Menurut GPS, tindakan Waytha Moorthy turut memburukkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa menerusi penyebaran fitnah kononnya rakyat negara ini yang beragama Hindu ditindas.

Beliau sebelum ini turut berkeras mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), yang sebenarnya gagal untuk mengawal ketegangan kaum daripada semakin memuncak sejak kebelakangan ini.

…………
Sumber:
TheThirdForce

UTAMAPOLITIKWaytha Moothy bukannya dewa yang tidak boleh ditegur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium