UtamaNASIONALPolis tahan tujuh lelaki...

Polis tahan tujuh lelaki bantu siasatan pergaduhan di R&R Gambang - pakdin.my

Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang pemandu bas bagi membantu siasatan pergaduhan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di Kuantan, yang videonya tular di laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 44 dan 32 tahun ditahan secara berasingan bermula malam semalam hingga awal pagi ini, di sekitar Kuantan dan Maran.

“Lima suspek ditangkap pada 8.30 malam semalam, semasa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran. Seorang lagi suspek ditahan pada 9 malam semalam di hadapan kedai serbaneka di Inderapura di sini, yang kemudiannya turut didapati positif dadah.

“Tangkapan terakhir melibatkan pemandu bas yang berusia 32 tahun di IPD Kuantan pada pukul 1.15 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Mohamad Noor berkata semua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi tujuan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohamad Noor juga mengesahkan pemilik gerai di R&R itu telah membuat laporan polis mendakwa dua pembantu kedainya ditampar, dicekik dan ditendang oleh seorang pemandu bas yang sering makan di kedai itu akibat salah faham.

“Pengadu mendakwa pekerjanya dikasari sedemikian selepas meminta pemandu bas itu menjelaskan bayaran RM1 bagi mencukupkan harga nasi lemak yang dijual RM2. Bagaimanapun, dia tidak mahu tindakan diambil kepada pemandu bas kerana mendakwa pekerjanya tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Mohamad Noor menambah pembantu kedai makan berkenaan semasa disoal, mendakwa tidak mengetahui kejadian pemandu bas itu dipukul mahupun mengenali lelaki yang dilihat dalam video berkenaan.

Katanya, pemandu bas itu juga membuat laporan polis di Kuala Terengganu, Terengganu pada 3.30 petang semalam, mendakwa dipukul beberapa lelaki tidak dikenali kerana megesyaki disebabkan aduan pembantu kedai tersebut.

Semalam, video berdurasi seminit 48 saat tular di laman sosial menunjukkan pergaduhan di R&R Gambang arah Timur pada 1.30 pagi, 24 Dis yang dikatakan berpunca daripada salah faham.


Lihat Video:
https://vimeo.com/308151252

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...