Bapa tuntut kematian Adib dibela, cari punca dan siapa bersalah - pakdin.my

Bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap inkues bagi menentu punca kematian anaknya dapat memberi keadilan kepada anggota bomba itu.

Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, berkata keluarganya mahu memastikan kematian Adib “terbela” dan berharap tiada pesalah dilindungi.

“Jangan lindungi sesiapa bersalah. Pastikan kematian anak saya terbela,” katanya kepada Utusan Online.

“Apabila ia [inkues] dilaksanakan… Ia diharapkan dilakukan secara adil bagi mencari punca dan mereka bersalah”.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peguam negara Tommy Thomas akan mengarahkan majistret untuk membuat inkues bagi menentukan sebab kematian Adib.

Adib, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah akibat dipukul perusuh dalam kejadian di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lalu.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu, empat hari sebelum merancang naik pelamin, di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

https://pakdin.my/tag/muhammad-adib

UTAMABERITABapa tuntut kematian Adib dibela, cari punca dan siapa bersalah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium