back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Jabatan Peguam Negara batal pertuduhan Siti Kasim – #MalaysiaBaharu

    Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pertuduhan ke atas
    Siti Kasim berhubung kes menunjukkan jari tengah kepada hadirin ketika
    wacana tentang Rang Undang-Undang 355 di Kompleks Karangkraf pada tahun
    2016.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil
    Ahmat berkata, setelah meneliti semula segala fakta dan keterangan,
    pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan yang
    dikeluarkan pada 18 April tahun lalu dibatalkan.

    “Pada 10 Februari 2019 (semalam) kertas siasatan tersebut telah
    dipanggil semula oleh Jabatan Peguam Negara, Putrajaya,” katanya ringkas
    kepada media.

    Sebelum ini tarikh pendakwaan ke mahkamah telah ditetapkan pada hari ini
    namun atas beberapa faktor terpaksa ditunda.

    Pada April tahun lalu, polis menerima arahan daripada Jabatan Peguam
    Negara untuk mendakwa Siti berkenaan kes itu.

    Bagaimanapun polis terpaksa menangguhkan perkara itu kerana memberi
    tumpuan kepada persediaan PRU14.

    Dalam insiden pada September tiga tahun lalu Siti berang kerana diganggu
    hadirin ketika bertanya soalan semasa wacana anjuran Sinar Harian dan
    peguam itu membalas ejekan orang ramai terhadapnya dengan menunjukkan
    isyarat lucah menggunakan jari tengah sejurus selepas menamatkan soalannya.

    Sebelum itu Siti berdiri untuk bertanya kepada panel dengan
    mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi
    Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara.

    Bookmarked post

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Send this to a friend