PILIHAN RAYA#PRKDUNSemenyih: Makin ramai yang sedar mereka tertipu cetus fenomena 'bossku'..

#PRKDUNSemenyih: Makin ramai yang sedar mereka tertipu cetus fenomena ‘bossku’.. [Video]

SEMALAM… lepas mesyuarat persatuan penduduk, jiran saya tanya, apa yang mencetuskan fenomena ‘bossku’, dan kenapa DS Najib Razak tiba-tiba popular???

Sambil menunjukkan gambar bekas PM itu di Tesco Semenyih melalui telefon genggamnya.

Jujurnya, saya ada berbagai jawapan terhadap soalan yang umum begitu, selalunya mengikut apa yang orang itu nak dengar… keh keh keh

Semalam jawab saya, makin ramai orang sedar mereka tertipu, menyedari tertipu dan mengakui ditipu dua perkara berbeza.

Mereka mungkin tak mengaku kena tipu secara dengan membuat pengumuman, tapi melalui tindakan iaitu menyokong ‘lawan’ pihak yang menipu mereka.

Makin ramai yang sedar mereka ditipu atau tertipu maka makin banyak sokongan Najib dapat.

Dan sokongan itu akan ditunjukkan melalui berbagai cara bukan sahaja melalui dunia maya bahkan dunia nyata.

Khabarnya… beberapa tokoh korporat dan ex kapten2 industri menemui anak Tun Razak itu baru-baru ini. Entah apa dibincangkan tapi saya percaya barangkali mereka mahu menunjukkan sokongan kepadanya.


LIHAT video:
https://youtu.be/-diOL8qJCvo

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Solidariti Rohingya bukan bermaksud buka pintu Malaysia kepada pelarian

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami