#PRKDUNSemenyih: Penyokong BN meninggal ketika penamaan calon #pakdin.my

Seorang penyokong Barisan Nasional (BN), Mamat Awang, 59, meninggal dunia selepas rebah di pekarangan Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, hari ini.

Mamat yang datang dari Kuala Terengganu, rebah ketika sedang berhimpun di pekarangan dewan itu bersama ratusan penyokong BN yang lain, sekitar jam 9 pagi tadi.

Beliau hadir ke dewan itu bagi mengiringi calon BN, Zakaria Hanafi, 58, pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Ketika penyokong BN berkumpul di kawasan lampu isyarat berdekatan Dewan Seri Cempaka Saujana Impian, beliau rebah dan tidak sedarkan diri.

“Pegawai perubatan daripada klinik swasta telah membuat pengesahan awal kematian, namun punca kematian masih belum dikenal pasti,” katanya.
……
Sekitar PRK Semwnyih
http://pakdun.my/tag/prk-semenyih

Berkaitan