[AUDIO] Siti Kasim, Peguam Negara berpakat? Rakaman perbualan telefon didedah - pakdin.my

Apa yang didedahkan ini, jika benar, adalah salah laku serius di pihak Tommy sebagai Peguam Negara: Aidil Khalid
……

Sesetengah bahasa dalam rakaman audio ini terlalu ‘kotor’. Anda dinasihatkan supaya membuat penilaian sendiri. – Pengarang

“Antara perkara yang didedahkan dalam rakaman suara Siti Kasim ialah dia mendakwa bahawa dia sudah ada rancangan bersama-sama dengan Peguam Negara, Tommy Thomas berkenaan bagaimana kerajaan akan membawa kes orang asli.

“Siti Kasim adalah peguam swasta, manakala Tommy Thomas adalah Peguam Negara. Urusan Peguam Negara adalah urusan rasmi, yang tidak seharusnya dibincangkan dengan mana-mana pihak luar.

“Apa yang didedahkan ini, jika benar, adalah salah laku serius di pihak Tommy sebagai Peguam Negara. Kerana ia adalah dakwaan bahawa pentadbiran undang-undang negara kini ditunggang oleh pihak luar.”

Demikian kata aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid, ketika berkongsi rakaman audio telefon perbualan Siti Kasim dengan seorang lelaki dikenali sebagai ‘Man’ yang disiarkan seorang pengguna, Sabrina Syed, ke dalam laman Facebook beliau sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu Suruhanjaya Diraja wajar ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah laku Peguam Negara ini.

“Rangkaian peristiwa bermula dari video joget lambak Tommy Thomas bersama Siti Kasim tempoh hari; diikuti dengan swafoto gedik mesra mereka berdua; seterusnya laporan berita Jabatan Peguam Negara membuat keputusan untuk tidak mendakwa Siti Kasim atas insiden jari tengah.

“Dan kini pendedahan rakaman suara rancangan bersama Siti Kasim dan Peguam Negara dalam hal pentadbiran undang-undang — kesemua ini mendedahkan kepada salah laku, konflik kepentingan, dan salah guna kuasa yang wajar disiasat kesahihannya oleh satu badan bebas,” kata Aidil.

Oleh Wartawan Ismaweb.net

LIHAT video:
https://youtu.be/uu9SHnGc1bU

https://youtu.be/uu9SHnGc1bU

UTAMAPOLITIK Siti Kasim, Peguam Negara berpakat? Rakaman perbualan telefon didedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium