Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaGAYA HIDUPAGAMAHimpunan bantah hina Nabi...

Himpunan bantah hina Nabi Muhammad di Ipoh - pakdin.my

IPOH – Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini terpaksa ditutup kira-kira 200 meter apabila hampir 500 umat Islam berhimpun bagi mendesak pendakwaan segera dilakukan terhadap lelaki yang yang menghina Nabi Muhammad SAW di Facebook.

Mereka mula berkumpul di hadapan IPD Ipoh sejak pukul 9 malam tadi dengan penutupan jalan hampir sejam bermula dari persimpangan Pejabat Pos Besar Ipoh hingga Bulatan Medan Kidd.

Keadaan yang pada mulanya terkawal bertukar tegang apabila terdapat beberapa peserta cuba membuat provokasi namun berjaya ditenangkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby.

Beberapa wakil peserta kemudiannya dibenarkan masuk ke dalam IPD Ipoh untuk membuat laporan polis agar tindakan tegas diambil terhadap pelaku yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad itu.

Presiden Jaringan Bersatu Sahabat Perak (Jabat), Amiruddin Mohd. Daud berkata, himpunan yang disertai oleh umat Islam seluruh Perak itu bagi menyatakan rasa tidak puas hati apabila pelaku yang menghina Nabi Muhammad menerusi karikatur itu dibebaskan segera dengan jaminan polis.

Katanya, banyak laporan polis telah dibuat terhadap lelaki terbabit di seluruh negara dan tindakan tegas perlu diambil terhadapnya kerana menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Senario ini (penghinaan terhadap Nabi Muhammad) telah menyebabkan kita berasa sangat tidak berpuas hati kerana Rasulullah bukanlah manusia biasa.

“Jadi manusia kurang ajar (Foo Sin Wai) sepatutnya diajar dan kami di sini adalah memprotes agar badan-badan yang berperanan melepaskan dia, membuat kajian supaya dia ditangkap semula dan dikenakan tindakan tegas. Jangan lagi sama sekali bermain wayang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak polis dan menteri-menteri beragama Islam terutama yang menjaga potfolio agama Islam diminta memandang serius isu tersebut bagi memastikan penghinaan terhadap agama Islam tidak berulang.

“Saya melihat seperti ada ‘double standard’ apabila melibatkan orang Islam di mana akan sangkut (ditahan) lama sedangkan orang lain cepat dilepaskan. Kami sangat tidak berpuas hati dan saya berasa level (himpunan) akan jadi lebih besar dan mungkin akan berlaku banyak kerosakan,” katanya.

Rabu lalu, lelaki yang menggunakan nama Facebook Foo Sin Wai yang ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook dibebaskan dengan jaminan polis selepas tiga hari ditahan.

Lelaki berusia 68 tahun itu sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam selepas memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480