Pemimpin PKR perlekeh pengundi atas pagar mudah di pengaruhi #PRKSemenyih - pakdin.my

PKR negeri Pahang sudah menjangkakan calon Pakatan Harapan DAP (PhDAP) tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam atas faktor penyebaran berita palsu dan putar belit maklumat yang mempengaruhi pengundi khususnya di atas pagar sepanjang tempoh berkempen.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Fuziah Salleh berkata, masyarakat hari ini terutama orang Melayu terlalu mudah terpengaruh dengan berita palsu atau maklumat yang diputar belit dalam media sosial.

Malah kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan, jurang antara kaum itu dilihat bertambah besar dan ia dipisahkan dengan berita tidak benar atau separuh benar yang berbaur perkauman serta agama.

“Umpamanya mengenai Lembaga Tabung Haji kononnya dimiliki oleh DAP dan orang Cina, ia tidak benar tetapi dengan kuasa media sosial yang dimulakan oleh pihak yang mahu melihat perpecahan, fenomena ini menjadi begitu emosional bagi orang Melayu dan banyak lagi perkara ‘dispinkan’ dalam PRK ini.

“Saya melihat golongan atas pagar mempunyai jumlah besar iaitu kira-kira 30 peratus dan merekalah yang senang terpengaruh dengan media sosial serta berita yang ‘dispin’ yang mana kita melihat penterjemahannya dalam keputusan PRK ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan acara Larian Sepat di sini hari ini.

Keputusan PRK DUN Semenyih menyaksikan Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan UMNO-Pas berjaya merampas kerusi itu selepas calonnya, Zakaria Hanafi memperoleh sebanyak 19,780 undi.

Zakaria menang dengan majoriti 1,914 undi selepas menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi dan dua lagi calon iaitu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng (725). – UTUSAN ONLINE

http://pakdin.ny/tag/prk-semenyih
http://pakdin.ny/tag/lynas

UTAMAPILIHAN RAYAPemimpin PKR perlekeh pengundi atas pagar mudah di pengaruhi #PRKSemenyih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium