GAYA HIDUPLaungan tuntutan hak kebebasan LGBT secara terbuka di Kuala Lumpur

Laungan tuntutan hak kebebasan LGBT secara terbuka di Kuala Lumpur

Himpunan yang diadakan di ibu kota oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan sempena Hari Wanita Antarabangsa dicemari dengan kehadiran penyokong-penyokong Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Difahamkan, seramai 500 peserta yang menyertai perhimpunan tersebut berarak dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek ambil membawa sepanduk dan plakad.

Mereka juga turut melaungkan slogan jangan kacau LGBT.

Para peserta himpunan itu terdiri daripada Women Aid Organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS), aktivis dan pelajar.

Turut kelihatan penyokong LGBT membawa bendera warna pelangi yang menjadi lambang kepada golongan tersebut.

Antara tuntutan yang disenaraikan pada perhimpunan tersebut ialah menghapuskan diskriminasi jantina, menamatkan keganasan terhadap wanita, memperkukuhkan hak wanita dan peluang serta gaji yang sama.

LIHAT video:
https://youtu.be/nag1WcQtdak

https://pakdin.my/tag/lgbt

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami