Pencemaran Toksik: Bomba kesan gas hidrogen sianida di Tanjung Puteri - pakdin.my

PASIR GUDANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kewujudan gas hidrogen sianida sehingga 4.5 ppm dikesan di kawasan Tanjung Puteri, di sini, Rabu lalu.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahya Madis, berkata ia adalah bacaan gas kimia tertinggi dikesan susulan pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim, di sini, sejak 7 Mac lalu.

Katanya, bacaan gas beracun berkenaan bertahan selama dua jam di kawasan itu sebelum pulih seperti biasa.

“Terdapat 15 gas kimia berbahaya turut dikesan di sekitar lokasi pencemaran namun bacaannya berada di bawah 3 ppm iaitu paras berjaga-jaga.

“Bacaan gas kimia berbahaya paling tinggi dicatatkan Rabu lalu di kawasan Tanjung Puteri dengan kehadiran gas hidrogen sianida sehingga 4.5 ppm di situ.

“Kami bersiap sedia melakukan kerja pengungsian (pindahkan penduduk) kawasan berkenaan jika gas kimia berbahaya itu bertahan sehingga tiga jam, namun kualiti udara beransur pulih selepas dua jam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Operasi Bomba dan Penyelamat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), di sini, hari ini.

Sementara itu, Yahya berkata, keadaan kualiti udara di kawasan Pasir Gudang kini berada pada paras terkawal dan tidak merbahaya.

“Namun kami masih memantau bacaan kualiti udara terutama ketika kerja pembersihan Sungai Kim Kim dijalankan sekarang kerana bimbang pengewapan gas kimia berbahaya.

“Hujan mampu menyebabkan gas kimia berbahaya merebak dan bergerak ke kawasan lebih luas. Kita mengharapkan kerja pembersihan dapat diselesaikan segera sebelum perubahan cuaca,” katanya.

Sementara itu, Yahya berkata, seramai 97 anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) melakukan pencerapan bacaan tahap kualiti udara setiap hari membabitkan masa antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, 6 petang hingga 9 malam dan 9 malam hingga 6 pagi, bagi memastikan keadaan udara terkawal.

“Kami juga dibantu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kimia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART),” katanya.

https://pakdin.my/tag/pencemaran-toksik

UTAMABERITAPencemaran Toksik: Bomba kesan gas hidrogen sianida di Tanjung Puteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium