SHAH ALAM — Seorang wakil rakyat Selangor mencadangkan negeri itu sebagai pengeluar ganja terbesar dunia dengan Kuala Selangor sebagai pusat tanaman.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Mohd Shaid Rosli berkata memandangkan Kuala Selangor menjadi kluster agrikultur, kawasannya boleh dijadikan sebagai pusat kajian dan eksport pengeluaran.
“Saya beri contoh, anda boleh dapat RM3,000 seekar setahun untuk minyak kelapa sawit. Ganja boleh dapat RM9 juta setahun…satu ekar dengan tiga kali tuaian boleh dapat RM9 juta setahun.
“Jika Selangor boleh keluarkan (ganja) lebih 100 ekar, kita akan jadi pengeluar ganja terbesar. Ini akan meletakkan Selangor di mata dunia dan kita akan jadi terkenal,” katanya mengundang tawa ahli dewan.
Katanya menteri kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga ahli parlimen Kuala Selangor, dan kerajaan negeri perlu beri kerjasama untuk tujuan penyelidikan jika mendapat kelulusan Putrajaya.
Namun Adun Ijok Dr Idris Ahmad bangun dan mengingatkan cadangan itu agak sukar dari segi penguatkuasaan.