Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALPuteri Umno Kesal Cubaan...

Puteri Umno Kesal Cubaan Heret Salleh Ke Kancah Politik Kotor - pakdin.my

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

KOTA KINABALU, 3 Sept — Ketua puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengheret Speaker Dewan Undangan Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak ke kancah politik kotor dengan mengaitkannya dengan cubaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 Sept 2008.

Beliau berkata laporan itu merupakan satu lagi taktik pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar yang melanda anggota pakatan pembangkang yang tidak sehaluan.

“Mereka menggunakan Datuk Salleh (yang kini Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah) sebagai sumber maklumat untuk memberikan gambaran seolah-olah memang ada ahli politik dari Sabah yang merancang untuk keluar daripada Barisan Nasional pada ketika itu (16 Sept, 2008)…sebenarnya ia adalah satu pembohongan besar yang terancang.

“Jelas sekali mereka sudah terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk mengaburi mata rakyat untuk kepentingan politik terutama menjelang 16 Sept depan. Pihak pakatan pembangkang berharap rakyat akan lupa pembohongan mereka untuk mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 Sept 2008,” katanya kepada pemberita di sini.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa kabel Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sekumpulan ahli politik dari Sabah dan Sarawak merancang untuk keluar daripada BN pada 16 Sept, 2008, berikutan kedua-dua negeri itu dipinggirkan.

Satu entri dalam kabel itu, yang disiarkan oleh Wikileaks, menyatakan Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah, memberitahu pegawai kedutaan itu bahawa lebih separuh daripada jumlah 25 anggota parlimen Sabah bersedia untuk meninggalkan BN.

Rosnah turut menegaskan bahawa tidak ada anggota Parlimen Sabah yang pernah menyatakan niat untuk “berhijrah” ke Pakatan Rakyat pada ketika itu.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang yang cuba meracuni fikiran mereka selain memecahbelahkan parti komponen BN.

“Saya harap rakyat pandai menilai dan membezakan yang mana permata yang mana kaca. Barisan Nasional adalah satu parti yang sudah teruji dan terbukti boleh membawa pembangunan untuk kemudahan rakyat di negara ini,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Rozita dan Nurul Aniza diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664