Perbicaraan Najib Razak: Satu “Precedent” Perundangan Baru Yang Amat Bahaya - pakdin.my

Mahkamah Rayuan pada 21hb Mac 2019 setelah mendengar rayuan Dato’ Sri Najib Tun Razak (DSN) atas empat isu interlokutori telah membenarkan satu rayuan DSN dan menolak tiga isu lain.

DSN dan Peguam Negara masing-masing memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sementara menunggu pendengaran rayuan tersebut Mahkamah Rayuan juga telah membenarkan kes SRC ditangguhkan sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskannya.

Peguam Negara tidak berpuashati dgn keputusan penangguhan tersebut telah menfailkan rayuan pada 21hb Mac 2019.

Satu rekod dalam sejarah perundangan Malaysia telah tercipta apabila Mahkamah Persekutuan telah menetapkan tarikh pendengaran pada 27hb Mac 2019 untuk mendengar rayuan tersebut. Enam hari selepas rayuan difailkan Peguam Negara. Ini juga satu rekod pendengaran rayuan terpantas di seluruh Negara Komanwel! Malaysia Baru Boleh!

Tambah menakjubkan ialah pendengaran tersebut  dijalankan tanpa rekod rayuan, i.e. tanpa petisyen rayuan yang mengandungi alasan alasan rayuan malahan tanpa penghakiman bertulis hakim-hakim Mahkamah Rayuan.

Walaupun telah dibantah oleh peguambela DSN dan menegaskan perlu ada rekod rayuan sebelum kes didengar,  Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malajun telah meneruskan rayuan tersebut dan membatalkan keputusan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan tanpa menunggu alasan-alasan Penghakiman Hakim-Hakim tersebut.

Keputusan ini amat mengejutkan semua pihak termasuk peguam-peguam senior yang kebetulan berada di Mahkamah tersebut.

Satu “precedent” perundangan baru telah dibuat oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia di mana Rayuan boleh diputuskan tanpa rekod rayuan iaitu tanpa petisyen rayuan dan alasan penghakiman. Malahan satu rekod masa baru telah dicipta oleh Mahkamah Persekutuan iaitu rayuan boleh didengar dalam tempoh 6 hari dari notis rayuan difailkan.

Syabas Tan Sri Richard Malanjun yang juga dikatakan sebelum perbicaraan tersebut berada di Indonesia dan kembali ke Malaysia hanya untuk mendengar rayuan ini.
……….
Peguam Malaysia

Sumber: Malaysia-Today.net
/

UTAMABERITAPerbicaraan Najib Razak: Satu “Precedent” Perundangan Baru Yang Amat Bahaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium