BERITADua lelaki maut di langgar tren komuter

Dua lelaki maut di langgar tren komuter

KUALA LUMPUR — Dua lelaki dipercayai warga asing maut dipercayai dilanggar tren komuter berhampiran laluan Sungai Buloh-Kepong di sini petang semalam.

Dalam kejadian 6.03 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai warganegara Myanmar berusia lingkungan 30-an itu difahamkan menceroboh laluan komuter di Km 371.7 sebagai jalan pintas untuk ke kawasan berhampiran.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini, komuter yang dalam perjalanan ke Stesen Kepong dari Stesen Sungai Buloh itu membawa 30 orang penumpang ketika kejadian.

Kenyataan itu menyebut pemandu komuter telah memberhentikan tren sejurus menyedari kelibat mangsa yang terpelanting di kedua-dua bahu landasan.

Susulan itu, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian dan tiba di lokasi kejadian sebaik  menerima laporan tersebut.
Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

Pihak KTMB juga telah menyediakan komuter gantian bagi membolehkan semua penumpang menyambung perjalanan mereka. — Bernama

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

KTM Kulai- JB: Tren lama tapi tambang 3 kali lebih mahal dari komuter Lembah Klang

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami