BERITA"Malaysian Heroes" 2 Gadis Di Kasari Di Tempat Awam (Video)

“Malaysian Heroes” 2 Gadis Di Kasari Di Tempat Awam (Video)

Video yang dirakam setahun lalu dan dimuatnaik ke youtube 2 hari lepas menimbulkan kemarahan umum menunjukkan paparan 2 jururawat pelatih wanita dibuli seorang lelaki.

Tidak jelas apakah yang menjadi punca kepada kejadian tersebut

Video klip turut memaparkan lelaki berkenaan menggunakan kata-kata kesat didalam bahasa tamil terhadap 2 wanita berkenaan berulangkali dipercayai dirakam dikawasan letak kereta awam.

Video klip berkenaan tersebar luas di facebook.

Kelihatan lelaki berkenaan mensasarkan kemarahan terhadap salah seorang dari 2 wanita berkenaan tetapi sahabat wanita tersebut turut ditampar kerana cuba melindungi sahabat beliau.

Walaupun berkali-kali meminta maaf tetapi lelaki berkenaan masih mengasari dan menggunakan bahasa kesat terhadap wanita berkenaan.

Kejadian di syaki berlaku di Sabak Bernam.

Tidak dapat dipastikan samada laporan polis telah dibuat terhadap kejadian berkenaan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami