MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

ECRL: 7 soalan buat kerajaan

Dalam 'perjanjian' tersebut juga, CCCC akan terlibat di dalam pembinaan hub logistik yang bersambung dengan projek ECRL sedia ada.

2 hari lepas, Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan satu ‘perjanjian rahsia’ antara kerajaan Malaysia dan kontraktor China bagi mendapatkan diskaun ECRL. Dokumen tersebut menyatakan bahawa CCCC (Kontraktor China) akan diberi hak untuk terlibat di dalam pembangunan sepanjang jajaran stesen ECRL dengan nilai pembangunan minimum RM10 bilion untuk keluasan maksimum 4500 ekar [1]

Memandangkan masih belum terdapat apa-apa penafian terhadap pendedahan dokumen tersebut, saya mengemukakan 7 soalan buat kerajaan Malaysia:

  1. Sejauh manakah penglibatan CCCC di dalam projek-projek yang terlibat. Apakah CCCC akan diberikan saham pemilikan atau hanya terlibat dalam pencarian pelabur asing sahaja?

  2. Tanah adalah milik negeri. Soalannya, apakah kerajaan-kerajaan di lima negeri ini sudah dirundingi bagi model industri dan perancangan kawasan yang sesuai? Mengapakah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC) bagi negeri-negeri tersebut tidak dilibatkan secara maksimum di dalam projek berkenaan yang berpotensi memberikan hasil berterusan kepada kerajaan negeri?

  3. Apabila berlakunya perubahan laluan daripada Bentong ke Jelebu yang berjaya menjimatkan kira-kira RM2.5 bilion wang negara bagi pengambilan tanah di kawasan Lembah Klang, siapakah pula yang menerima manfaat besar bagi pengambilalihan tanah-tanah baru di jajaran yang telah berubah? Adakah kerajaan pusat bersedia menyenaraikan pemilik-pemilik tanah individu dan syarikat yang menerima pampasan bagi pengambilan tanah mereka?

  4. Apakah pembatalan 3 stesen di Kelantan berkait rapat dengan Enakmen Tanah Negeri 1938 yang menyukarkan individu bukan anak Kelantan bagi memiliki tanah di negeri tersebut? Sekaligus menyebabkan ia sukar dimanipulasi bagi manfaat individu tertentu?

  5. Sekiranya CCCC diberikan saham milikan dalam kawasan industri baru tersebut, apakah timbal balas yang sedia diberikan oleh kerajaan China bagi membolehkan kerajaan kita menembusi pasaran industri di negara berkenaan? Sebagai contohnya apabila Malaysia (51%) dan China (49%) bersetuju bagi membangunkan Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) seluas 3000 ekar, Malaysia mendapat manfaat lebih besar dengan memiliki 49% saham CMQIP di Qinzhou, China seluas 9000 ekar. Pada tahun 2017 sahaja, pengeluaran CMQIP bernilai USD1.5 bilion.

  6. Dengan peruntukan hampir 4500 ekar bagi kawasan perindustrian baru yang melibatkan CCCC; 50% lebih besar daripada MCKIP yang pernah dituduh sebagai ‘tindakan menjual negara’, berapakah nilai sebenar keuntungan yang ‘hilang’ apabila projek-projek ini tidak lagi dimiliki sepenuhnya oleh negara. Ia penting bagi menunjukkan ketelusan kerajaan bagi melaporkan nilai sebenar ‘penjimatan projek ECRL’ yang digembar-gemburkan.

  7. Dalam ‘perjanjian’ tersebut juga, CCCC akan terlibat di dalam pembinaan hub logistik yang bersambung dengan projek ECRL sedia ada. Soalannya penglibatan CCCC dalam projek ini sebagai apa? Sekiranya hanya sebagai kontraktor, berapakah pula nilai projek yang akan diberi kepada mereka sedangkan ia boleh dimanfaatkan bagi kerja-kerja kontraktor tempatan? Sekiranya sebagai pemilik bersama pula, bagaimanakah kerajaan mahu memastikan ia tidak menjejaskan kedaulatan tanah air memandangkan pengangkutan adalah aspek strategik dalam keselamatan dan ekonomi negara?

Cukup 7 soalan dulu.

#AmbilSemulaNegaraKita

#ReclaimOurNation

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

[1] https://www.malaysia-today.net/2019/04/19/the-secret-behind-the-ecrl-discount-which-daim-did-not-tell-us

Berkaitan

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Terkini

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?