Bayi dikenali sebagai Farah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Perth

SEORANG bayi meninggal dunia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia pada pagi Isnin, lapor ABC News Australia.

Polis Australia Barat mengesahkan kematian bayi itu, sambil menambah tiada sebarang keraguan yang mengakibatkan kematiannya.

Dilaporkan pihak polis sedang membuat laporan untuk koroner.

AirAsia ketika dihubungi mengesahkan kecemasan perubatan dilakukan membabitkan bayi berkenaan bagi penerbangan D7236.

“Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi dan keluarga yang terlibat dalam ingatan kami,” kata jurucakap AirAsia dalam satu kenyataan melalui e-mel.

Jurucakap berkata, pesawat itu didatangi pakar perubatan dan pihak berkuasa berkaitan sewaktu ia tiba di lapangan terbang, termasuk Polis Australia Barat.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami sentiasa menjadi keutamaan kami, dan kru penerbangan memohon bantuan perubatan semasa pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth mengikut prosedur.

“Susulan insiden itu, penerbangan D7237 AirAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang dijadualkan berlepas pagi ini pada pukul 6.50 pagi ditunda,” ujar jurucakap itu.

Menurut syarikat penerbangan itu, ia akan membantu dan membuat semula tempahan bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur tengah hari Isnin.

“AirAsia memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku akibat kelewatan penerbangan D7237,” tambah jurucakap itu. – The Star

0

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...