UtamaPOLITIKPILIHAN RAYABubar Parlimen & PRU...

Bubar Parlimen & PRU semula, ini respon Peguam Negara - pakdin.my

Peguam Negara, Tommy Thomas, hari ini menegaskan prosiding tribunal berhubung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diadakan Isnin lalu (28 Januari) bukan sekadar bersifat akademik.

Menurut beliau, banyak salah konsep dan salah maklumat timbul berkenaan prosiding tribunal itu.

“Sememangnya anggota SPR sudah meletak jawatan – lima pada 18 Oktober 2018 dan seorang lagi pada 27 November 2018. Semua peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

“Peletakan jawatan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong masing-masing pada 26 Oktober 2018 dan 29 November 2018,” katanya dalam kenyataan media bagi memperjelaskan kedudukan Jabatan Peguam Negara berhubung isu awalan yang dibangkitkan Pengerusi Tribunal (Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong).

Tommy berkata terdapat empat sebab mengapa prosiding di hadapan tribunal itu bukan akademik iaitu mandat dwiganda, penelitian dan siasatan, tindakan sengaja dan kesan sebenar.

Berhubung mandat dwiganda, Tommy berkata tribunal itu ditubuhkan menurut Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan dengan dua mandat yang berasingan.

“Pertama, untuk menyiasat tindakan anggota SPR, sebelum dan pada hari mengundi 9 Mei 2018, berkenaan persiapan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bagi menentukan sama ada terdapat salah laku.

“Kedua, sekiranya berpuas hati sebegitu untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka, termasuk pemecatan daripada jawatan.

“Berdasarkan mandat ini, tribunal perlu terlebih dulu menjalankan siasatan berkenaan perbuatan anggota SPR seperti yang dinyatakan dalam 13 pertuduhan terhadap mereka bagi menentukan fakta berkenaan isu salah laku,” katanya.

Tambah beliau, pertuduhan itu amat serius dan sekiranya dibuktikan, akan menunjukkan kesalahan anggota SPR dalam cara pengelolaan PRU-14.

Tribunal akan menyiasat tindakan mereka sebelum dan pada hari mengundi (9 Mei 2018), iaitu semasa anggota ini masih memegang jawatan dalam SPR.

Selain itu, kata Tommy, mereka tidak terlepas daripada penelitian dan siasatan tribunal semata-mata kerana sudah meletakkan jawatan dan hukuman tribunal mungkin tidak hanya terhad kepada syor pemecatan jawatan, yang juga hukuman paling ekstrem.

Malahan, tribunal boleh mengemukakan syor lain secara alternatif menurut bahagian kedua mandat.

Tommy berkata, jelas bahawa peletakan jawatan anggota SPR berkenaan adalah langkah yang sengaja diambil bagi menggagalkan siasatan tribunal dan untuk mengelakkan aib jika dipecat nanti, serta segala kesan yang menyusuli.

“Peletakan jawatan anggota SPR itu dibuat sebaik saja terdapat laporan bahawa kerajaan memulakan proses untuk menubuhkan tribunal, namun tarikh letak jawatan dilewatkan secara sepihak kepada 1 Januari 2019,” katanya.

Beliau berkata dari segi kesan sebenar pula, hasil keputusan prosiding tribunal itu boleh membawa kesan kewangan yang langsung kepada hak dan faedah persaraan yang mereka tetap terima walaupun meletakkan jawatan, tetapi mungkin tidak menerimanya jika dipecat.

“Namun, akhirnya tribunal bebas untuk membuat keputusan berkenaan isu awalan, seperti yang diingini dan untuk membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya.

Enam bekas ahli SPR itu ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong. – BERNAMA

Pilihan Raya Umum 14 tidak sah?

MINGGU lalu Peguam Negara, Tommy Thomas, telah mengumumkan penubuhan tribunal untuk menyiasat dakwaan salah laku ke atas enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung peranan mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penubuhan tribunal ini berikutan representasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa enam ahli SPR itu harus disiasat dan sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dipecat menurut Perkara 114(3) dan 125(3) Perlembagaan Persekutuan atas syor tribunal itu.

Mereka yang didakwa ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.

Tribunal ini akan terdiri daripada lima anggota hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, iaitu Steve Shim Lip Kiong (Pengerusi), Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha, dan Prasad Sandosham Abraham

Undang-undang negara mempunyai peruntukan yang melindungi pemegang jawatan tertentu dari percaturan politik dan tindakan berpihak. Antara yang berada dalam kategori perlindungan ini ialah para hakim dan ahli SPR.

Justeru seperti mana kedudukan hakim-hakim, ahli SPR juga tidak boleh dipecat atau ditamatkan kontrak lebih awal kecuali melalui satu tribunal yang ditubuhkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tujuan perlindungan ini ialah bagi menjaga integriti dan kebebasan kehakiman dan SPR supaya tidak mudah diugut dan tunduk kepada ahli politik.

Ura-uru penubuhan tribunal ini timbul pada awal Oktober 2018 apabila enam ahli SPR terbabit enggan mengikut jejak langkah Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, melepaskan jawatan selepas tamat PRU14.

Justeru beberapa media telah digunakan memetik sumber kerajaan bahawa satu tribunal akan ditubuhkan bagi mengambil tindakan ke atas mereka. Ini merupakan ugutan tersirat kepada ahli SPR, letak jawatan atau dipecat melalui tribunal. Justeru keenam-enamnya meletak jawatan bagi mengelakkan nasib mereka akan berakhir seperti mana Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima hakim Mahkamah Agung pada 1988.

Pada 1988, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Keempat, Dr Mahathir, telah menubuhkan tribunal untuk memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Krisis kehakiman yang berlaku pada masa tersebut menyaksikan Tun Salleh Abas dan tiga hakim mahkamah agung dipecat.

Berikutan perletakan jawatan tersebut, pada Oktober 2018 juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, memaklumkan kepada Parlimen bahawa tiada keperluan untuk kerajaan menubuhkan tribunal menyiasat dakwaan salah laku ahli SPR ketika PRU14.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini mengenai perletakan jawatan ahli SPR itu, isu penubuhan tribunal tidak berbangkit lagi. Justeru pengumuman penubuhan tribunal bagi memecat mereka yang telah meletak jawatan ini sangat mengejutkan. Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Menteri di Parlimen.

Apakah Parlimen telah dibohongi oleh Kabinet?

Apa motif Dr Mahathir meneruskan tribunal ini? Adakah ini merupakan langkah membatalkan keputusan pilihan raya di kawasan-kawasan yang parti Bersatu telah kalah dalam PRU14?

Dr Mahathir telah beberapa kali menyatakan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun selepas PRU14 bergantung kepada rakyat, bukannya persetujuan antara mereka. Rakyat hanya boleh menentukan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri jika berlaku pilihan raya umum.

Justeru penubuhan tribunal ini mungkin merupakan langkah Dr Mahathir mewujudkan kemungkinan pilinan raya umum baharu, sama ada melalui pembubaran Parlimen atau pembatalan keputusan PRU14.

Jika tribunal mendapati ahli-ahli SPR terbabit bersalah maka ia bukan sahaja bermakna mereka dipecat, tetapi juga menyebabkan keputusan PRU14 boleh dibatalkan. Ini kerana pertuduhan yang dibuat membabitkan tindak-tanduk mereka ketika PRU14.

Jika seseorang hakim bersalah melanggar undang-undang dan prosedur dalam perbicaraan maka sesuatu perbicaraan akan disytihar sebagai ‘mistrial’ dan dibicarakan semula. Maka hal sedemikian juga seharusnya berlaku kepada keputusan PRU14 jika ahli-ahli SPR didapati bersalah oleh tribunal.

Salah laku ahli SPR bukan seperti salah laku pegawai pilihan raya kawasan yang hanya menyebabkan keputusan kawasan tersebut sahaja dibatalkan. Jika ahli-ahli SPR ini disabitkan kesalahan ia bermakna seluruh keputusan PRU14 tercemar dan harus diisytiharkan batal.

Sebaik sahaja tribunal mendapati mereka bersalah, parti yang bertanding boleh mengemukakan saman membatalkan seluruh keputusan PRU14. Maka ketika itu mahkamah tiada pilihan kecuali membatalkan PRU14, melainkan ada campur tangan dalam kehakiman.

Seperti mana pengharaman Umno 1988 menutup peluang kumpulan Tengku Razaliegh Hamzah, pembatalan keputusan PRU14 akan menjadikan hasrat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 sebagai mimpi siang hari sahaja.

Oleh: Ab Jalil Backer
………..
Rujukan:
[1] Pilihan Raya Umum 14 tidak sah?
https://pakdin.my/pilihan-raya-umum-14-tidak-sah/

[2] [Video] Pengurusan dan perjalanan PRU-14 boleh jadi terbatal
https://pakdin.my/pengurusan-dan-perjalanan-pru-14-boleh-jadi-terbatal/

Berkaitan

Baca Juga

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...